Isteri kepada Allahyarham Badrul Muhayat iaitu Norhayati Zulkapli menyifatkan arwah merupakan pinjaman paling berharga buat dirinya sepanjang tempoh enam bulan hidup bersama.
Artikel Berkaitan: Azri Iskandar & Ellie Suriaty Terkejut Dapat Tahu Badrul Muhayat Meninggal Dunia – ‘Rasa Seperti Satu Kehilangan Besar’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Terkejut Bila Dengar Jeritan Norhayati, Kami Cuba Beri Bantuan Pernafasan Tetapi Tiada Respon’ – Aida Aris
Artikel Berkaitan: Pelakon Badrul Muhayat Meninggal Dunia
Enam bulan bersama
Menerusi laporan BH Online, Norhayati berkata Allah mengurniakannya seorang suami yang sangat baik. Tambahnya lagi, arwah tidak pernah lupa mendoakan kesejahteraan orang di sekelilingnya.
Arwah jumpa orang sentiasa doakan dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan hanya doa yang baik-baik sahaja. Bagi saya, arwah adalah insan paling terbaik yang dipinjamkan Allah kepada saya dan tiada tolok gantinya. Semasa melihat jenazahnya, saya juga tahu arwah seorang yang baik kerana tidak lekang dengan senyuman, seolah-olah sedang tidur.
Berkongsi mengenai detik pemergian arwah, Hayati memberitahu dia tidak menyangka arwah tidak bernyawa ketika dikejutkan.
Mulanya, saya kejut jam 7.30 pagi, tetapi arwah cakap nak rehat sekejap sebab penat. Namun, kali kedua sekitar jam 10.50 pagi iaitu selepas tiga jam saya kejut arwah sekali lagi.
Masa itu, saya pelik kenapa badan arwah ada tompok darah, saya pegang dahinya sejuk dan tengok tangannya kelihatan warna hitam. Saya tidak sedap hati, lalu menjerit meminta pertolongan Zazly Baginda dan isterinya, Aida Aris yang menyewa sekali di inap desa.
Mereka menghubungi hospital, sebelum ada kakitangan datang membuat teknik bantuan asas hayat (CPR) selama 30 minit, kemudian memaklumkan suami tidak dapat diselamatkan.
Di akhir perkongsian, Hayati mengakui dia reda dengan takdir. Terdahulu, jenazah Allahyarham Badrul selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves.
Sumber: BH Online