berita

Azri Iskandar & Ellie Suriaty Terkejut Dapat Tahu Badrul Muhayat Meninggal Dunia – ‘Rasa Seperti Satu Kehilangan Besar’

October 29th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jenazah pelakon Badrul Muhayat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves, pada pukul 9.35 pagi, sebentar tadi.

Menerusi laporan BH Online, ramai rakan artis yang hadir mengiringi perjalanan terakhir arwah termasuklah Datuk Riezman Khuzaimi, Azhar Sulaiman, Zed Zaidi, Aris Ariwatan, Mubarak Majid, Didie Alias, Salwa Abdul Rahman, Esma Daniel dan ramai lagi.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Terkejut Bila Dengar Jeritan Norhayati, Kami Cuba Beri Bantuan Pernafasan Tetapi Tiada Respon’ – Aida Aris

Artikel Berkaitan: Pelakon Badrul Muhayat Meninggal Dunia

Terkejut apabila dapat tahu

Menurut pelakon Ellie Suriaty dan Azri Iskandar, mereka sangat terkejut sebaik sahaja mendapat tahu berita mengenai pemergian arwah.

Jujurnya, saya terkejut sebab sepatutnya saya telefon arwah dalam sehari dua ini sebab nak bertanya mengenai rumah yang diperoleh daripada Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN).

Saya dapat tahu arwah tidak duduk di situ, jadi saya nak minta tinggal di rumah ini. Namun, saya terkejut apabila diberitahu arwah sudah tiada. Saya tahu arwah ada penyakit kencing manis, tapi sudah sembuh. Tapi, Allah lebih mengetahui, arwah pergi pun dengan tenang, tidak terlantar di hospital dan sebagainya.

Arwah adalah rakan yang tak pernah melupakan saya. Setiap kali perayaan, arwah tak pernah lupa hubungi saya. Beliau sangat berbudi bahasa dan kawan yang baik. Setiap kali, keluarkan produk arwah datang ke rumah saya untuk menjual jus buah dan sambal.

Tambah Azri pula, arwah juga pernah tidur di rumahnya apabila ‘shooting’ habis lewat.

Saya rasa seperti satu kehilangan besar. Selama ini, saya ada kawan sebaya, tapi arwah sudah pergi dahulu, tetapi saya reda dan terima hakikat.

Berbicara lebih lanjut, Azri memberitahu bekas isterinya, Ellie sering memberikan arwah peluang dalam bidang lakonan kerana beliau seorang pelakon yang mudah memberi kerjasama dan tetap berlakon kerana minat yang mendalam meskipun sibuk dengan perniagaan.

Terdahulu, Allahyarham Badrul dilaporkan meninggal dunia dalam tidur di sebuah homestay di Pulau Pinang, pagi semalam.

Sumber: BH Online

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×