berita

Ashraf Muslim Nak ‘Ajar’ Amar Asyraf Tentang Poligami

October 14th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai kisah rumah tangga pelakon Amar Asyraf yang didakwa menjalin hubungan cinta dengan seorang wanita yang bernama Ellika Azman meskipun pelakon itu sudah mempunyai dua orang isteri.

Bagaimanapun, menerusi laporan mStar, pelakon Ashraf Muslim yang melayari kehidupan berpoligami ini turut menegur tindakan Amar Asyraf itu. Malah, Asyraf Muslim menasihati agar pelakon lelaki itu berjumpa dengannya terlebih dahulu untuk berkongsi beberapa ‘tips’.

Patutnya jumpa saya dulu

Pelakon Ashraf Muslim menegur Amar Asyraf untuk tidak merahsiakan hal rumah tangga sekiranya pelakon lelaki itu ingin berkahwin buat kali ketiga. Perkara ini adalah bagi mengelakkan dari undang fitnah terutamanya buat selebriti.

Patutnya Amar ke jumpa saya, mungkin saya boleh bagi nasihat. Bagi saya tak salah nak rahsiakan perkahwinan kedua tapi kena ingat sebagai selebriti, ramai di luar sana ingin tahu mengenai keluarga kita.

Kalau rasa tak mampu, jangan buat

Tambahan, Ashraf Muslim turut menasihati agar Amar Asyraf untuk melihat terlebih dahulu kemampuan dan tanggungjawab sebagai seorang suami jika memasang niat untuk berpoligami.

Jadi kalau boleh kita sampaikan kepada masyarakat supaya tidak berlaku fitnah. Nak kahwin berapa pun tak ada masalah, tapi kena lakukan dengan cara yang betul.

Kalau rasa-rasanya tak mampu, janganlah buat. Mampu tu banyak maksud, antaranya masa, kewangan, kasih sayang dan segalanya.

Kehidupan poligami Ashraf Muslim

Ashraf Muslim telah berkahwin bersama isteri pertamanya iaitu Noor Dayana pada tahun 2010. Pelakon lelaki ini bergelar ayah selepas dikurniakan anak oleh isteri kedua iaitu Wan Sakinah pada 14 September 2015. Manakala, isteri pertama Ashraf Muslim selamat melahirkan anak mereka pada Disember 2015.

Terbaru, Ashraf dan isteri Wan Sakinah selamat menimang cahaya mata perempuan pada 3 September 2018 dan keluarga besar ini telah dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Sumber: mStar

SKIP THIS AD ×