Hangat diperkatakan ketika ini adalah dakwaan isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Athira Yuhada sedang hamil.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafidz Roshdi Ditemani Athira Yuhada Ke Mahkamah Untuk Kes Dakwaan Mencederakan Bekas Isteri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuhada Tarik Semula Kes Dipukul Hafidz Roshdi, Tiada Sebarang Unsur Provokasi & Paksaan
Respons Hafidz
Ketika ditemui OhBulan! Hafidz yang ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada Jumaat lalu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut kepada pihak media.
No comment.
Pelakon drama Melastik Ke Hatimu juga tidak mahu menjelaskan tentang kerjayanya dan juga perihal anak-anak.
Dalam perkembangan lain, aktor berusia 30 tahun itu turut memaklumkan tentang keadaan terkini kesihatan mentalnya.
Difahamkan aktor tersebut masih menjalani rawatan susulan di Hospital Shah Alam.
Tak ada masalah depresi dan saya menjalankan konsultasi dengan doktor selain makan ubat. Sekarang kesihatan saya makin baik.
Saya memang ada dapatkan rawatan susulan setiap bulan di hospital.
Peguam yang mewakili Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader turut berkata pelakon itu juga berada dalam keadaan yang baik.
Dia ada berkomunikasi dengan doktor dan keadannya baik-baik sahaja. Dia tidak ada sebarang tekanan.
Terdahulu, bapa kepada dua orang anak itu mendedahkan bahawa dia mengalami masalah kesihatan mental iaitu Bipolar.
Untuk rekod, Hafidz Roshdi berkahwin dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada Disember 2023.
Hafidz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun disahkan bercerai pada 27 Julai tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.