Selepas kedatangan cahaya mata pada 22 Februari lalu, pasangan selebriti terkenal Indonesia, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah berasa sudah lengkap keluarga kecil mereka.
Artikel Berkaitan: Atta Halilintar Sediakan 222kg Daging Kambing Bagi Majlis Aqiqah Sempena Tarikh Lahir Anak
Tak boleh pakai seksi
Menerusi video terbaru di Youtube AH, Atta kelihatan kurang senang melihat pakaian yang dipakaikan kepada Ameena Hanna Nur Atta ketika sesi ‘photoshoot newborn’.
Bagi Atta, pakaian itu terlalu seksi dan dia enggan tubuh badannya anaknya terdedah. Dalam rakaman tersebut, Atta mendakwa Aurel yang mengajar Ameena memakai pakaian sebegitu.
Mesti mak dia yang ajar pakai baju-baju seksi. Aduh..seksi ni. Kalau papanya, tak pakai baju seksi. Gambar itu tak boleh dikongsi (di media sosial).
Peminat setuju cara Atta
Dalam pada itu, Atta dan Aurel turut merakam kenangan mereka bertiga bersama dengan sedondon memakai busana berwarna hitam.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan cara Atta bertegas dalam menjaga aurat anak perempuannya sejak kecil lagi.
Terdahulu, Atta dan Aurel telah menghadiahkan bayi perempuan mereka sebuah kereta mewah jenis Tesla.
Bukan itu sahaja, sebelum ini Atta dipercayai menyewa satu tingkat hospital bagi urusan kelahiran anak sulungnya itu. Atta melakukan tempahan empat bilik VIP di tingkat Rumah Sakit Bunda, Jakarta buat keluarganya dan keluarga mentua.
Sumber: Youtube AH