berita

Atta Halilintar Sediakan 222kg Daging Kambing Bagi Majlis Aqiqah Sempena Tarikh Lahir Anak

March 3rd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Pasangan selebriti terkenal Indonesia iaitu Atta Halilintar dan isteri, Aurel Hermansyah selamat menyambut kelahiran puteri sulung mereka pada 22 Februari 2022 yang lalu.

Artikel Berkaitan: Isteri Belum Bersalin, Atta Halilintar Beli Kereta Tesla Untuk Anak – ‘Everything For My Princess’

Artikel Berkaitan: Isteri Bersalin Cahaya Mata Sulung, Atta Halilintar Tempah Satu Tingkat Hospital Demi Keselesaan Isteri & Seluruh Keluarga

Terbaru, Youtuber terkenal ini merancang untuk mengadakan majlis aqiqah puteri kesayangannya itu pada 4 Mac 2022.

Sembelih 222kg daging kambing

Memetik laporan daripada Tribunnews, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah akan menyediakan daging kambing seberat 222kg iaitu sempena tarikh kelahiran puteri kesayangannya, Ameena Hanna Nur Atta iaitu pada tanggal 22/2/2022. Tambah Atta lagi, majlis aqiqah tersebut bakal berlangsung di rumahnya esok yang terletak di Pondok Indah, Jakarta.

Semuanya di rumah sahaja, Tak ada ke hotel atau ke mana. Semua majlis di rumah. Nanti bacaan doa juga di rumah.

Atta memaklumkan dia sudah membeli seekor kambing yang terbaik untuk majlis tersebut kerana mengikut syariat Islam, syarat aqiqah untuk anak perempuan adalah seekor kambing. Namun Atta mengakui dia ingin menyembelih beberapa ekor kambing lagi dan menyediakan daging kambing seberat 222kg semasa majlis aqiqah nanti untuk dibahagikan kepada penduduk sekitar rumahnya.

Totalnya kalau boleh nak 222 kilogram seperti tanggal kelahiran 2-02-2022, tapi kalau lebih-lebih, ya lebih baik.

Terdahulu, Attas Halilintar dan Aurel Hermansyah telah menghadiahkan bayi perempuan mereka sebuah kereta mewah jenis Tesla. Bukan itu sahaja, sebelum ini Atta dipercayai menyewa satu tingkat hospital bagi urusan kelahiran anak sulungnya itu. Atta melakukan tempahan empat bilik VIP di tingkat Rumah Sakit Bunda, Jakarta buat keluarganya dan keluarga mentua.

Sumber: Tribunnews, Suara.com

SKIP THIS AD ×