berita

Auckland, New Zealand ‘Lock Down’ Semula Selepas Kesan 1 Kes Baru Covid-19

February 28th, 2021 | by Amat
Kini Trending

New Zealand antara negara yang kurang mencatatkan bilangan kes positif Covid-19 dan boleh dikatakan sudah hampir bebas dari wabak itu. Malah, negara itu sebelum ini telah menyambut Hari Kebangsaan yang turut disertai dengan Perdana Menteri iaitu Jacinda Ardern selepas mencatatkan bilangan sifat Covid-19.

Artikel berkaitan: ‘Tiada Lagi Mask, Tiada Social Distancing’ – PM New Zealand Sambut Hari Kebangsaan Dengan Rakyat

Terbaru, menerusi laporan Astro Awani, bandar Auckland, New Zealand sekali lagi diperintahkan perintah berkurung selama tujuh hari selepas terdapat kes positif di bandar itu.

Bilangan kes selama seminggu

Menurut laporan statistik, New Zealand telah mencatatkan 22 kes positif Covid-19 yang dilaporkan bermula tarikh 21 Februari hingga 26 Februari lalu. Susulan itu, Perdana Menteri Jacinda Ardern telah mengumumkan perintah berkurung pada Sabtu lalu yang bakal memberi kesan ekonomi terhadap kira-kira 2 juta rakyat di sana.

Jacinda Ardern melaporkan keputusan untuk perintah berkurung adalah disebabkan satu kes baharu dikesan yang didapati telah dijangkiti selama seminggu namun tidak menjalani kuarantin.

Kes baharu

Kemungkinan akan ada beberapa kes baharu berkaitan kes ini. Walaupun kami sudah berusaha sebaik mungkin, penularan tempatan tetap berlaku.

Penduduk Auckland hanya dibenarkan keluar rumah jika perlu dan tempat awam tidak dibenarkan beroperasi. New Zealand memiliki jumlah penduduk seramai 5 juta telah mencatatkan lebih 2,000 kes positif COVID-19 sejak awal penularan wabak itu dengan 26 kes kematian dicatat.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×