Selepas ibu bapa berpisah, penyanyi Aufahanie menyatakan dia sudah mula melakukan kerja mengemas rumah dan memasak sejak usianya sembilan tahun.
Artikel Berkaitan: ‘Nyanyian & Penghayatannya Memikat Hati Saya’ – Ajai Pilih Aufahanie Cover Lagu ‘Saat Hilang Cintamu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aufahanie Dedah Wanita Menari Sakan Rupanya Adik Sendiri -‘Dia Penari, Graduan Sekolah Seni’
Masuk dapur usia kecil
Ketika ditemui OhBulan!, Aufahanie berkata sebagai anak perempuan sulung, dia mengambil alih tugas seorang ibu bagi menyediakan keperluan seharian untuk adik-beradiknya.
Ibu dan bapa saya sudah berpisah ketika usia saya sembilan tahun. Jadi, apabila tinggal bersama bapa dan adik-beradik lain, tugas mengemas dan memasak saya ambil alih dan buat sejak kecil.
Saya ada dua orang abang dan seorang adik perempuan, kiranya saya anak perempuan yang sulung dalam keluarga.
Mulanya, waktu umur sembilan tahun itu, saya hanya masak lauk yang mudah sahaja. Lama-kelamaan saya belajar melalui google atau sesekali telefon ibu bertanya resepi.
Buatlah sampai menjadi sehingga saya tidak perlu lagi memasak sambil tengok resepi.
Aufahanie berkata demikian ketika ditemui pada majlis Lepak Bersama Indigital Music yang diadakan di sekitar ibu kota, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Aufahanie tidak menganggap menjadi satu kesalahan untuk segelintir wanita yang ‘kekok’ ketika berada di dapur.
Kata pelantun lagu Geming Jiwa itu, semua perkara boleh dipelajari.
Bagi saya kemahiran masak atau siang ikan boleh dipelajari secara perlahan-lahan.
Ada yang sebelum kahwin tidak pernah masuk dapur langsung sebab semua benda ibu mereka yang sediakan.
Pada saya, itu semua tiada masalah, sesiapa pun boleh belajar. Nak atau tidak sahaja.
Terdahulu, isu siang ikan hangat diperkatakan netizen apabila tular video memaparkan seorang pengacara wanita didapati tidak pandai melakukan kerja menyiang ikan.