Penyanyi meningkat naik, Aufahanie berkongsi pengalaman menyambut lebaran selepas ibu dan bapanya bercerai.
Artikel Berkaitan: Aufahanie Belajar Siang Ikan & Memasak Sejak Umur 9 Tahun -‘Melalui Google Atau Telefon Ibu Tanya Resepi’
Artikel Berkaitan: ‘Nyanyian & Penghayatannya Memikat Hati Saya’ – Ajai Pilih Aufahanie Cover Lagu ‘Saat Hilang Cintamu’
Perceraian ibu bapa
Ketika ditemui OhBulan! Aufahanie mendedahkan ibu dan bapanya sudah lama bercerai namun itu tidak menghalangnya untuk menyambut hari raya bersama berikutan mereka tinggal di lokasi yang berhampiran.
Umi dan ayah berpisah sejak usia sembilan tahun, jadi sudah lama saya beraya dalam keadaan begitu.
Tapi yang beruntungnya kampung mereka berdua dekat, dua-dua di Sabak Bernam.
Contohnya hari pertama, pagi di rumah ayah selepas itu akan ke kampung umi pula. Jarak dalam 15 ke 20 minit sahaja.
Menurut Aufahanie, ketika bulan Ramadan dia juga akan berbuka puasa secara bergilir-gilir di rumah ibu dan bapanya.
Kalau buka puasa bergilir-gilir pun boleh, macam ayah sudah berkahwin jadi ada hari yang dia akan berbuka dengan isteri. Saya pula akan berbuka di rumah umi.
Aufahanie berkata demikian ketika ditemui dalam sebuah majlis bersama Indigital Music x FYP Media yang berlangsung di St. Giles Boulevard Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Trauma dengan perkahwinan
Bagaimanapun, memiliki keluarga yang bercerai berai telah menyebabkan pelantun lagu Geming Jiwa tersebut terpaksa tinggal berasingan dengan adik beradiknya yang lain selepas dia dan adik dibawa oleh bapa mereka.
Masa kecil kami tak akrab, tapi bila sudah dewasa kami jadi rapat.
Sangat kelam kabut, dari saya kecil sampai umur 17 tahun boleh dikatakan saya tak seronok langsung.
Penyanyi berusia 21 tahun itu juga mendedahkan bahawa dia mengalami depresi dan kegelisahan (anxiety) kesan kemelut perceraian yang melanda keluarganya.
Dalam pada itu, Aufahanie juga berdepan dengan trauma untuk mendirikan rumah tangga.
Mungkin sebab itu saya sekarang tak ada teman lelaki. Saya rasa takut dan trauma nak berkahwin bila tengok apa yang umi jalani.