Nama akaun @mastura_la1 sering muncul di akaun Instagram pelakon, Puteri Sarah Liyana untuk menghamburkan komen kesat yang berbaur negatif.
Artikel Berkaitan: Kecoh Dakwaan Syamsul Cerai Ira Kazar Melalui WhatsApp, Puteri Sarah Tak Tahu
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Konten Seolah Cuba Menghancurkan Rumah Tangga Dibina’ – Kaunselor Tegur Puteri Sarah
Mastura dah kantoi
Terbaru, Mastura sekali lagi meninggalkan komen di hantaran Puteri Sarah dengan menyebut nama isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.
Mastura bertanya kepada aktres berumur 37 tahun apa bukti kukuh yang menyatakan dirinya adalah salah seorang ahli keluarga pelakon veteran, Kazar Saisi.
Bukti mana Sarah? Bukti bukan main agak saja. Bukti saya keluarga Kazar? Awak tak ada bukti sebab itu tarik saman. Kalau kalah lagi malu.
Yang untung Ira Kazar dapat pahala percuma sebab hasil fitnah awak.
Pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tidak mendiamkan diri lantas membalas balik. Kata Puteri Sarah, ‘Mastura’ sudah kantoikan identiti diri.
Eh? Tak ada sapa yang tuduh awak. Omg! Awak mengaku sendiri kat sini. Stupid (bodoh)nya.
Sudah la. Awak dah mengaku percuma kat sini. Tak pernah ada sesiapa yang sebut nama sesiapa kat sini. Akhirnya awak sendiri yang dedahkan.
Malulah meroyan komen kat Instagram saya setiap hari. Get a job. Get a life. Akhirnya, Allah tunjuk siapa kau.
Keluarga Kazar?
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata mendakwa dia sudah mendengar suara ‘Mastura’ namun katanya akaun terbabit diguna pakai oleh seluruh ahli keluarga.
Dah dengar suara orang tu. Saya dah tau siapa kalau tak salah kan. Tapi akaun Mastura ini dia tukar-tukar. Satu keluarga pakai. Jadi, semua ada access.
Sebelum ini, Puteri Sarah mendedahkan dia kerap diganggu seorang wanita dikenali sebagai ‘Mastura’ di media sosial miliknya.
Sumber: Instagram