Bekas menantu kepada jurulatih bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin iaitu Suzur Sofia mendakwa pernah dilayan dengan buruk malah dihina oleh bekas suami, Mohd Zaiza.
Artikel Berkaitan: Anak Zainal Abidin Mengaku Tak Bersalah Pukul Isteri, Suzur Sofia Enggan Berdiam Diri – ‘Saya Pastikan Semua Terima Akibat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Awak Tak Ada Hak Nak Panggil Saya Sund** Ba** Atau Anjing’ – Bekas Menantu Zainal Abidin
Dihina, disuruh tidur beramai-ramai
Menerusi perkongsian di TikTok, Sofia berkata bekas suaminya itu tiada hak untuk memanggil dirinya dengan gelaran yang kurang sopan.
Malah, Sofia turut mendakwa, keluarga bekas suami mengendahkan kesusahan yang dialaminya
Wahai Mohd Zaiza Zainal Abidin, awak tak ada hak nak panggil saya sundal babi atau anjing. Sundal babi anjing ini lah yang banyak berkorban menyara awak dan anak-anak.
Dia mengaku sendiri satu keluarga dia gelakkan saya dengan kesusahan kesulitan saya. Tak mengapa, gelaklah dan berpesta lah kerana hari kalian akan tiba. Anak-anak itu semua cerminan orang tua.
Dalam perkongsian sama, Sofia berkata dia mempunyai segala bukti untuk mendakwa bekas suaminya telah berlaku kejam terhadap dirinya.
Malah, Sofia turut menafikan keluarganya ada masuk campur dalam konflik yang berlaku.
Jangan kata ini semua fitnah kerana bukti semua ada. Bukan hanya setakat dalam mesej tetapi juga bentuk lain. Hina sungguh saya dibuatnya.
Kalau dengan ini boleh mendapat respon awak, saya akan buat.Tidak pernah sekalipun adik beradik saya serta saudara mara saya masuk campur dan memberi pandangan buruk terhadap perkara yang berlaku apalagi mereka bukan Islam.
Mohon jangan buat yang bukan Islam berasa ragu serta berpandangan negatif dengan agama Islam yang sebenarnya sungguh mudah dan indah. Tunjukkan lah contoh yang baik. Sekurangnya saya mati, saya tak menyesal kerana dah berjuang.
Selain itu, ibu kepada dua cahaya mata itu juga mendakwa bekas suaminya telah meminta beberapa orang untuk meniduri dirinya di hadapan umum.
Cerita disini bukan nak aibkan, kerana setengah mati saya pernah dibuat nya dan dibawanya JAIS ke rumah saya namun sia-sia. Sungguh hitam hati awak. Sampai begitu sekali. Awak suruh anggota meniduri saya beramai-ramai di tempat awam di lobby rumah saya di hadapan orang ramai. Kejam sungguh.
Terdahulu, Zaiza mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memukul dan mencederakan bekas isterinya, Suzur Sofia.
Untuk rekod, Zaiza dan Sofia mendirikan rumah tangga Januari 2016 dan disahkan bercerai talak satu pada Jun lalu. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber: TikTok