berita

Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Hiasi Muka Depan InTrend Edisi Oktober

September 28th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Wah, nampaknya pasangan romantis Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya sekalai lagi diplih untuk menjadi penghias muka depan majalah tempatan. Terdahulu pasanagn ini pernah menghiasi beberapa muka depan majalah terkenal seperti Eh! untuk edisi Februari 2012 dan Media Hiburan untuk edisi Ogos 2012.

Kali ini Awal dan Scha telah dipilih untuk menghiasi muka depan majalah InTrend bagi edisi bulan Oktober 2012. Menerusi foto mereka dihadapan majalah tersebut, Awal kelihatan sangat segak dan tampan tatkala menggayakan sut lengkap rona hitam dan putih. Padanan rona ini telah menonjolkan lagi aura elegan dan maskulin Awal Ashaari.

Sementara itu, Scha kelihatan sangat anggun dan menawan dengan padanan busana yang cukup indah. Meskipun busana yang digayakan oleh Scha kelihatan sedikit ringkas, akan tetapi dengan adanya sedikit perincian jemeki di bahagian bahu mampu membangkitkan aura elegan dalam penampilan si cantik ini.

Mahu lihat lebih lanjut foto-foto Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya serta apakah isu yang dibualkan oleh pasangan ini bersama InTrend. Jangan lupa untuk dapatkan majalah ini dipasaran nanti.

SKIP THIS AD ×