berita

Awie Hilang Hak Jagaan Anak

January 15th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

awiieee

Ekoran pendedahan Rozana Misbun berhubung sijil pernikahan antara dirinya dan Awie yang didakwa palsu, Mahkamah Syariah bertindak membatalkan hak penjagaan anak secara ex-parte (sebelah pihak) yang diperoleh Awie.

Awie pada 21 Julai lalu berjaya mendapat hak penjagaan sementara ke atas tiga orang anaknya hasil perkahwinan selama 9 tahun bersama dengan Rozana.

Permohonan Hak Jagaan Kekal Turut Terbatal

Awie Rozana 1

Keputusan mahkamah itu turut dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor lain antaranya tindakan Awie yang seharusnya memfailkan tuntutan di mahkamah dalam negeri Selangor kerana alamat bermastautinnya di Ampang, Selangor.

Pada masa sama, Hakim Syarie, Mohd Amran Mohd Zain berkata semua permohonan yang dikemukakan termasuk hak jagaan anak secara kekal oleh Awie turut terbatal.

Awie Akur Keputusan Mahkamah

ceraiiiii

Awie bagaimanapun menerima segala keputusan dengan hati yang terbuka dan akan berbincang dengan peguamnya untuk tindakan lanjut.

Manakala Rozana pula bersyukur dengan keputusan itu dan berharap dapat dia dapat disatukan dengan anak-anaknya selepas ini.

Terdahulu, Rozana bertindak memfaillkan permohonan untuk mengenepikan perintah mahkamah terhadap Awie berhubung hak jagaan sementara setelah dakwaaannya berhubung sijil pernikahan palsu disahkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).

SKIP THIS AD ×