berita

Ayah Emma Maembong Pandu Sendiri Lori Hantar Bantuan Ke Pantai Timur

December 30th, 2014 | by Wan
Kini Trending

drivee

Bencana banjir yang menimpa semenanjung Malaysia terus mendapat perhatian selebriti tempatan yang turut serta melakukan pelbagai inisiatif bagi membantu mangsa yang terlibat. Kalau semalam kami ada kongsikan tentang bantuan yang diberikan oleh Fizo Omar, kali ini kekasih hati Zizan Razak, Emma Maembong turut membantu.

Ditemani oleh ahli keluarga dan kelab peminatnya, Emavengers, Emma mengambil keputusan untuk membeli barang keperluan di sebuah pasaraya di bandar Kuala Lumpur untuk disumbangkan kepada mangsa banjir.

Namun apa yang lebih menarik perhatian kami ialah ayah Emma, Ismail Embong mengambil keputusan untuk menghantar sendiri bantuan tersebut ke Pantai Timur. Kenapa ye agaknya?

Bimbang Bantuan Dimanipulasi

gunana

Sebenarnya ayah Emma bertindak sedemikian kerana bimbang kalau-kalau bantuan yang ingin disalurkan tidak sampai kepada mereka yang layak menerima. Malah Ismail Embong meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir manusia yang mengambil kesempatan terhadap bencana yang berlaku.

Jadi atas sebab itulah Ismail Embong drive sendiri lori yang membawa bantuan banjir daripada Emavengers. Walaupun dah berumur, namun berbekalkan kudrat dan semangat yang kuat, dia drive dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur. Jauh tu der!

Bungkus Satu-Satu

bungg

Team Emavengers turut mengambil keputusan untuk membungkus bekalan makanan tersebut satu persatu agar mudah diagihkan. Senang cerita dalam satu plastik complete ada semua.

Sempat Berhenti Bergambar Tepi Jalan

pose2

Sepanjang perjalanan menuju ke Pantai Timur, Ismail Embong sempat beberapa kali berhenti di tepi jalan untuk bergambar. Gelagatnya yang melucukan itu turut mendapat perhatian rakan-rakan di Facebook. Malah ada yang berjenaka.

mail

Selamat Sampai Ke Destinasi

Menerusi perkongsiannya yang terakhir di Facebook pada malam tadi, Ismail Embong telah sampai ke destinasi yang dituju dan sempat mengagihkannya ke beberapa kawasan sekitar Gua Musang Kelantan. Memang steady la pakcik Mail ni! Tengok tu siap tolong angkat barang bawa turun daripada lori lagi.

turr

Untuk keyboard warriors dekat luar sana yang hanya pandai complain dan kutuk pertolongan orang lain, korang patut rasa malu dekat ayah Emma ini. Dah tua pun semangat lagi nak tolong. Takat sembang dekat Facebook, baik tak payah!

SKIP THIS AD ×