berita

Ayah Puteri Balqis Selar Produksi Sheila Rusly & Jinggo Bodoh

December 30th, 2014 | by Wan
Isu & Kontroversi

mensng

Baru-baru ini pelakon cilik Puteri Balqis telah berjaya membuka mata orang ramai apabila berjaya memenangi Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2014. Selang sebulan selepas itu, Puteri Balqis turut dianugerahkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Televisyen Asia 2014 yang berlangsung di Singapura.

Namun beberapa hari yang lalu, ada khabar kurang enak tentang ayah Puteri Balqis yang mula tersebar di laman sosial. Dah kenapa pula? Pandai demand dah?

Anak Yang Menang, Mak Bapa Pula Terlajak Sombong – Jinggo

jinggo

Menerusi perkongsian perbualan diantara kakitangan JS Pictures Sdn Bhd dan ayah Puteri Balqis di laman Facebook milik Jinggo, ayah Puteri Balqis menggelar produksi Jinggo sebagai bodoh ekoran pembatalan kontrak anaknya.

Tersentak dengan kutukan terbabit, Jinggo tampil bersuara dan menemplak sikap tidak proffesional ayah Puteri Balqis yang menuduh syarikat produksinya mahu mempergunakan Puteri Balqis. Sampai macam itu sekali ye?

Jinggo turut menjelaskan yang Puteri Balqis belum bertemu dengan produksinya untuk sebarang perbincangan lanjut dan ayahnya telah meminta deposit 50% dari bayaran penuh walaupun belum melihat skrip lakonan.

Bimbang Jejas Karier Seni

MNG

Harap selepas ini tiadalah kes-kes lebih sudu daripada kuah macam ini. Iyalah Jinggo pun dah berpuluh tahun berkecimpung dalam bidang lakonan dan pengarahan, mesti dah jadi kepakaran dia.

Kami di OHBULAN! harap kes ini boleh diselesaikan dengan cara baik, bukan apa sayang dekat bakat yang dimiliki oleh adik Puteri Balqis itu. Kalau dah jadi kes macam ini, bimbang akan mempengaruhi dan menjejaskan karier Puteri Balqis.

SKIP THIS AD ×