Penyanyi, Nourul Depp memohon agar spekulasi tentang hantarannya di media sosial baru-baru ini iaitu berkenaan pengalaman melahirkan anak sulungnya, Ayu Nazairah segera dihentikan.
Artikel Berkaitan: Sambut Krismas Untuk Gembirakan Ibu Bapa Mentua Dikecam, Nourul Depp Enggan Maafkan Netizen
Artikel Berkaitan: Puteri Sulung Nourul Depp Bercinta Dengan Anak Maria Farida, Netizen Respon; ‘Ayu Kena Tukar Imej Ni’
Sekadar luahan
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab menjelaskan bahawa perkongsiannya tempoh hari hanyalah luahan hati seorang ibu.
Susulan itu, penyanyi tersebut tampil menjelaskan khabar angin tentang hubungannya dengan Ayu yang didakwa sedang bermasalah.
Terima kasih kerana berjalan dalam kasut saya. Terima kasih kerana ada dalam kepada dan hati saya dan amat memahami 100% apa yang saya lalui.
Spekulasi itu boleh jadi penghasut. Pergi baca wasiat Rasullullah SAW kepada Saidina Ali AS tentang penghasutan, tentang mengumpat dan fitnah.
Memang kami kongsi, hanya luahan dari hati manusia yang tidak sempurna.
Dalam pada itu, pelantun lagu Cinta Azali ini turut memuat naik gambar bersama Ayu dan memuji sikap prihatin puteri sulungnya sekaligus menepis dakwaan tersebut.
Kami sakit dia jaga, kami masuk hospital buat hysterectomy, dia jaga. Tidur di hospital. Dia anak yang baik.
Terdahulu, perkongsian Nourul tentang pengalamannya melahirkan Ayu 25 tahun lalu telah mengundang pelbagai reaksi warganet berikutan dia menyatakan bahawa dirinya ‘mati’ semasa membesarkan gadis itu.
Untuk info, Ayu merupakan zuriat hasil perkahwinan Nourul dan Ajai namun mereka berpisah pada tahun 2007.
Nourul kemudian mendirikan rumah tangga bersama Eric Daniel Depp pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary Depp, 10, Raphael Depp, 8, dan Isabella Depp, 4.
Sumber: Instagram Nourul