berita

Tolong Henti Buat Spekulasi! Bekas Isteri Juruterbang Minta Netizen Hormat Perasaan Anak & Keluarga

August 20th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, bapa kepada Heikal Aras iaitu juruterbang yang maut dalam nahas di Elmina, Shah Alam, Selangor pada Khamis memberitahu dia akan menggalas tanggungjawab sebagai penjaga kepada ketiga-tiga cucunya.

Tambah Abdul Azim, arwah adalah anak kedua daripada lima beradik dan bapa tunggal kepada tiga orang anak.

Artikel Berkaitan: Juruterbang Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina Dah 4 Tahun Menduda, Bapa Akan Jaga Tiga Cucu

Artikel Berkaitan:Mungkin Dia Sudah Rasa Hendak Pergi Meninggalkan Kami’

Artikel Berkaitan:‘Patut La Sedih Sangat, Rupanya Adik Sepupu Sendiri’

Terbaru, bekas isteri kepada arwah meminta semua pihak untuk menghentikan sebarang spekulasi dipercayai berhubung hubungannya dengan arwah.

Terima kasih untuk doa

Terima kasih atas pemikiran dan doa yang baik. Tolong hentikan semua spekulasi kerana ini memberi kesan kepada anak-anak dan keluarga yang melalui masa yang sukar pada masa ini.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Christine, dia berterima kasih kepada semua pihak yang berdoa untuk arwah. Pada masa yang sama, wanita ini meminta semua pihak untuk berhenti membuat sebarang spekulasi. Ini kerana, perkara tersebut dapat memberi kesan yang tidak baik buat anak-anak dan keluarga arwah.

Tambah Christine, dia akan berkongsi lebih lanjut mengenai perjalanan terakhir arwah di media sosial.

Kemas kini mengenai Arwah buat masa ini sila fahami ruang yang kami perlukan terutama anak-anak. Dia memang Fly Higher sekarang, Rest well Heikal. Anak-anak rindu awak sangat-sangat.

Info terbaru, jenazah arwah Heikal Aras dibawa ke rumah bapanya di Desa Pinggiran Putra untuk disolatkan. Jenazah bakal dikebumikan di Precint 20 ujar Christine.

Sumber: Instagram

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×