Az Zuha Group Travel & Tours dengan rasa penuh syukur mengumumkan pelantikan sekali lagi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi Musim Haji 1446H/2025M.
Pelantikan ini membuktikan kepercayaan dan keyakinan yang tinggi terhadap Az Zuha dalam menyantuni jemaah haji dengan penuh dedikasi dan profesionalisme.
Artikel Berkaitan: 10 Selebriti Yang Telah Pegang Gelaran Haji & Hajah
Artikel Berkaitan: Zul Ariffin Teruja Dapat Tunai Haji 10 Jun Ini
Cemerlang tiga tahun berturut
View this post on Instagram
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Haji Abdul Malik Abdul Raman, Az Zuha sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik, disokong oleh usaha berterusan memperkenalkan pelbagai penambahbaikan dan inovasi setiap tahun demi memastikan pengalaman jemaah haji sentiasa ditingkatkan.
Kami amat bersyukur kepada Allah SWT atas amanah ini dan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Tabung Haji atas kepercayaan yang diberikan kepada Az Zuha.
Kepercayaan ini menjadi pemangkin untuk kami terus meningkatkan mutu perkhidmatan dan menyantuni para Dhuyufurrahman dengan penuh ihsan dan kasih sayang.
Tambah Abdul Malik, Az Zuha telah mencatatkan prestasi cemerlang selama tiga tahun berturut-turut sebagai Pengelola Jemaah Haji, hasil penilaian positif daripada pihak Lembaga Tabung Haji dan maklum balas jemaah.
Alhamdulillah, prestasi cemerlang ini adalah hasil usaha berterusan seluruh pasukan Az Zuha untuk memastikan setiap jemaah mendapat pengalaman ibadah yang terbaik. Ia adalah penghormatan besar buat kami untuk terus memberikan perkhidmatan yang lebih baik pada setiap musim.
Dalam pada itu, Abdul Malik turut menzahirkan penghargaan kepada para jemaah haji yang telah memilih Az Zuha sebagai rakan perjalanan mereka pada musim-musim lalu.
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jemaah haji atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan. Doa dan maklum balas anda semua menjadi inspirasi terbesar kami untuk terus melangkah ke hadapan dengan lebih cemerlang.
Katanya, dia berazam untuk terus memperkukuhkan perkhidmatan, memastikan setiap jemaah haji dapat menunaikan ibadah dengan penuh ketenangan, keselesaan, dan keberkatan pada musim 1446H.
Insya-Allah, kami akan terus melaksanakan amanah ini dengan sebaik mungkin dan memastikan setiap langkah perjalanan bersama Az Zuha menjadi satu pengalaman yang penuh bermakna.
Sumber: Instagram