berita

Azad Jazmin Titip Kata Semangat Buat Pengarah Ditahan Kes Dadah,– ‘Terima Dengan Hati Terbuka Bro, Yang Tukang ‘Frame’ Akan Kena Di Akhirat’

October 13th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Teka teki mengenai siapa pelakon, pengarah dan penolong pengarah yang ditahan kerana memiliki dadah baru-baru ini di Kuala Kangsar, Perak akhirnya terjawab semalam. Malah, pelakon, Niezam Zaidi turut membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas kesalahan yang dilakukan itu.

Artikel berkaitan: Teka Teki Akhirnya Terjawab! Niezam Zaidi, Pengarah & Penolong Pengarah Mengaku Miliki Dadah

Artikel berkaitan: Penerbit Eksekutif Geram Pengarah, Penolong Pengarah Ditahan Positif Dadah – ‘Kami Takkan Ikat Jamin Mereka, Nama Digugurkan’

Artikel berkaitan: Pelakon, Pengarah & Penolong Pengarah Buat Hal, Kantoi Positif Dadah

Artikel berkaitan: Pelakon Kena Tahan Positif Dadah, Nama Niezam Zaidi Kena ‘Petik’ Dengan Netizen

Terbaru, pelakon, Azad Jazmin dilihat memberi kata-kata semangat buat pengarah, Latiff Zami selepas mendapat tahu berita tersebut.

Dugaan untuk anda

You are such a wonderful person bro yeob, this is your dugaan for you to be better in life although you have been frame big time. Terima dengan hati yang terbuka bro yeob. Bro yeob kena di dunia, yang tukang frame tu akan kena di akhirat bro yeob. Take care bro Yeob.

Menurut Azad, Latiff Zami seorang pengarah dan individu yang sangat baik. Oleh itu, dia berharap Latiff tabah dan kuat menerima ujian ini. Menerusi komen yang ditulis oleh Azad juga, dia mendakwa ada individu sengaja ingin menjatuhkan pengarah tersebut. Ujar Azad, dia berharap individu yang sengaja menjatuhkan orang lain itu akan menerima pembalasan di akhirat kelak.

Buat pengakuan

Terdahulu, Muhamad Niezam Mohd Zaidi, pengarah, Mohd Latiff Zami, dan penolong pengarah, Saiful Zaidrin Ismail, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari. Berdasarkan kertas pertuduhan, Niezam memiliki 1.15 gram dadah berbahaya jenis Cannabis di rumah di Taman Chandan Putri, Perak. Sementara itu, Mohd Latiff dan Saiful Zaidrin masing-masing didapati memiliki 0.3 gram dadah jenis Cannabis dan 0.38 gram Methamphetamine pada waktu, tarikh, dan lokasi yang sama.

Sumber: Latiff Zami

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×