berita

Azmin Ali Optimis Kerjasama Asean-Jepun Beri Manfaat Kepada Ekonomi Malaysia

July 30th, 2020 | by Wan
Kini Trending

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato Seri Mohamed Azmin Bin Ali optimis pelan yang dirangka kementeriannya serta kerjasama menerusi ASEAN dengan Jepun akan menggiatkan kembali ekonomi Malaysia selepas pasca Covid-19.

Azmin Ali berkata demikian ketika mengetuai delegasi negara untuk Persidangan Video Menteri-Menteri Bertanggungjawab bagi Perdagangan (VMRT) bersama Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, Hiroshi Kajiyama dan negara ASEAN.

E-dagang bantu ekonomi negara

Menerusi Twitter, Azmin berkongsi secara ringkas intipati  perbincangan tersebut antaranya keupayaan e-dagang serta usaha kerajaan untuk menerajui transformasi digital di rantau Asia Tenggara. Penggunaan aplikasi digital dalam dunia perniagaan dan E-dagang yang semakin meluas dalam kalangan rakyat akan turut membantu menyegerakan pemulihan ekonomi.

E-Dadang sudah menjadi normal baharu. Kami yakin ini akan merancakkan aktiviti pembelian secara atas talian dan penggunaan aplikasi digital dalam perniagaan.

Pada masa sama Azmin turut berkongsi pengalaman dan langkah yang digunakan kerajaan Malaysia dalam memerangi kesan sosio-ekonomi penularan COVID-19 diantaranya Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang telah membantu puluhan juta rakyat Malaysia yang terkesan.

Menurut beliau, walaupun kes terkini Covid-19 di Malaysia berkurangan, kerajaan sentiasa bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan.

Intai peluang pelaburan

Memetik laporan Buzzkini, Azmin menggesa kesemua negara Asean untuk bekerjasama dalam mendapatkan vaksin bagi meningkatkan peluang bekalannya tersedia di rantau ini.

Terdahulu Azmin dan MITI sedang mengintai peluang untuk membawa masuk pelaburan dari Jepun selepas kerajaan mereka mengumumkan pakej rangsangan AS$2.2 bilion bagi memindahkan operasi dari China ke rantau ASEAN.

Dalam masa sama hasil dari persidangan VMRT kalangan negara APEC baru-baru ini Malaysia sedang merangka kerjasama ekonomi membabitkan New Zealand-Singapura-Malaysia.

Kredit: Buzzkini