berita

‘Ba** Ini Tak Sesuai Ada ..’ – Netizen Maki Lagi, Ali Puteh Ajak Cari Pahala Di Bulan Ramadan

March 31st, 2023 | by Alia
Kini Trending

Kecaman dan kritikan pedas oleh warganet di media sosial sering kali dilemparkan kepada pelawak, Ali Puteh rentetan kemelut bersama kakak iparnya Siti Nor Hidayah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ali Puteh Jual Baju Tidur Kanak-Kanak, Tadah Tangan Syukur Netizen ‘Support’ Beli

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ali Puteh Janji Bayar Hutang RM60,000 Sebelum Aidilfitri

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bekas Peguam Jelaskan Mengapa Rumah Arwah Ibu Ali Puteh Bakal Disita

Tak melatah

Menerusi hantaran terbaru di akaun Instagram (IG) miliknya, dia memuat naik tangkap layar komen makian oleh warganet yang menggelarnya sebagai babi dan turut mendoakannya agar dia tidak dapat melunaskan bayaran RM60,000 kepada Siti Nor Hidayah.

Babi ini tak sesuai ada dalam masyarakat kita dan sepatutnya dia dihumban ke penjara. Harap dia tak dapat bayar duit RM60,000 tu. Semoga si sial laknatullah ini akan sengsara di dunia dan di akhirat. Amin.

Walau bagaimanapun, Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan ini tidak melenting dan tidak mudah melatah. Malah dia membalas komen tersebut dengan penjelasan bahawa bayaran berkenaan hampir selesai.

Dalam pada itu, pelawak berusia 34 tahun tersebut juga mengajak orang ramai untuk meningkatkan ibadah sempena bulan Ramadan ini.

Bulan puasa bulan yang baik, mari sama-sama kita tingkatkan ibadah kita semua. Alhamdulillah dah nak selesai pun bayaran, terima kasih doakan abang.

Sebelum ini, Ali menyatakan bahawa dia akan menyelesaikan bayaran RM60,000 sebelum Hari Raya Aidilfitri kepada balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali.

Terdahulu, kemelut antara Siti Nor Hidayah dan Ali Puteh bermula selepas kematian Abam Bocey dan berlarutan sehingga Hidayah menyaman Ali Puteh berhubung kenyataan pelawak tersebut di Instagram (IG) yang menggambarkan Hidayah seperti seorang yang tamak harta.

Sumber: Instagram 

SKIP THIS AD ×