Tahun ini kita menyaksikan ramai selebriti tanah air yang berkahwin dan menimang cahaya mata. Salah seorang selebriti yang sentiasa mendapat fokus ramai adalah usahawan terkenal Neelofa.
Biarpun sudah banyak berita mengenai kehamilannya namun Neelofa tetap mengambil pendekatan ‘mengunci mulut’.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Akan Menunggu Waktu Yang Terbaik’ – Neelofa Terus Berteka-Teki Dakwaan Hamil
Artikel Berkaitan: Ditanya Sama Ada Nak Baby Boy Atau Girl? Neelofa; ‘Soal Jantina Saya Tidak Kisah Sebab Semua Itu Rezeki’
Hadiri acara jenama antarabangsa
Terbaru, perkongsian daripada adik Neelofa iaitu personaliti media sosial, Ameera Khan telah mencuri perhatian wargamaya.
Menerusi Instagram Stories, Ameera dan Neelofa dilihat menghadiri acara jenama fesyen antarabangsa di ibu kota, semalam.
Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor turut memuat naik beberapa keping foto di akaun miliknya yang ternyata telah memukau peminat dengan penampilan dirinya yang bersahaja tetapi tetap cantik.
Dah tak boleh nak rahsia
Semestinya ruangan hantaran tersebut dipenuhi komen-komen wargamaya yang teruja melihat ‘baby bump’ selebriti itu yang semakin jelas kelihatan.
Malah, ada yang berandaian usia kandungan isteri kepada Haris Ismail atau PU Riz di antara enam atau tujuh bulan. Bukan itu saja, ada pula menjadi ‘ahli nujum’ meneka jantina anak pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.
Sumber: Instagram @neelofa, @lofa.page