Penyanyi Ayda Jebat berkongsi berita sedih apabila anak sulungnya, Ana Nayla terjatuh daripada tempat tidur bayi.
Artikel Berkaitan: Ana Nayla Jadi Duta Produk, Ayda Jebat Rancang Kewangan Masa Depan Anak – ‘Semua Bayaran Disimpan Dalam Akaun Bank’
Artikel Berkaitan: Dah Setahun, Ayda Jebat Kongsi Momen Indah Ana Nayla – ‘Jadi Anak Yang Bijak’
Jatuh kepala dulu
Menurut Ayda, sewaktu kejadian Ana Nayla dipercayai sedang berdiri sambil berjoget ketika lagu dimainkan di televisyen. Pada waktu itu juga, anaknya telah terjatuh dan menyebabkan bahagian kepala menjadi benjol.
Baby jatuh tadi. Doakan benjol baby cepat baik. Kejadian dia, baby nak tidur dekat babycot @aalimateenofficial pastu Dadaa tak bagi. Dadaa cakap nanti dadaa bukak tempat tidur baby. Lepas tu Dadaa dah pesan baby jangan berdiri tau just sit and play.
Baby lupa. Baby pun berdiri sambil jejoget lagu dekat tv. Lepas itu baby gedebuk jatuh kepala dulu ke lantai. Baby nangis.
Berikutan daripada itu, pelantun suara ‘Temberang’ ini berkata dia turut menangis melihat keadaan Ana Nayla selepas insiden tersebut.
Mungkin mama risau jendul flowerhorn baby jadi lagi besar kot. Itula saja. Lain kali baby dengar cakap Dadaa. Okay lah baby mengantuk. Pening0pening lalat. Esok update uncles aunties tau.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berdoa agar benjol di bahagian kepala Ana Nayla semakin sembuh.
Sumber: Ayda Jebat