berita

Bad Joke, Stupid – Faizal Tahir Bengang Dengan ‘Lawak’ Liverpool KJ

August 10th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

kjfaizalohbulan

Lewat petang semalam kecoh di laman sosial apabila kenyataan Menteri Belia & Sukan, YB Khairy Jamaluddin tentang sebuah kelab bola sepak England, Liverpool mendapat pelbagai respon daripada netizen.

Menerusi video yang berdurasi selama 15 saat itu, KJ berjenaka sambil mengatakan “menyokong Liverpool ibarat menyokong PAS, tak pernah menang.”

Selaku ‘die hard fan’ Liverpool, Faizal Tahir tampil mempertahankan kelabnya itu sambil meninggalkan beberapa ‘pesanan’ yang sungguh ‘makan dalam’ buat KJ.

Bad Joke

Screen Shot 2015-08-10 at 12.29.25 AM

Menerusi kapsyen di laman Instagram miliknya itu, Faizal Tahir meluahkan rasa terkilan dengan lawak KJ sambil menyifatkan ia sebagai lawak yang teruk dan bodoh.

Tambah Faizal lagi, dia sedar dan hormat akan kelab yang disokong KJ namun lawak KJ ini memang tak masuk akal.

No hard feelings

Screen Shot 2015-08-10 at 12.17.05 AM Screen Shot 2015-08-10 at 12.17.25 AM

Para pengikut Faizal Tahir di Instagram dan Twitter rata-rata menyokong apa yang cuba disampaikan olehnya.

Faizal Tahir bagaimanapun memberitahu apa yang dikatakan olehnya itu hanya ‘joke’ seperti mana yang dilakukan oleh KJ. 

Baguslah kalau macam itu, chill je okay. Yang penting Arsenal kalah semalam! Haha. 

SKIP THIS AD ×