berita

Idan Aedan Pelakon Pertama Malaysia Ke Siri Netflix – ‘Rasa Seperti Mimpi’

November 3rd, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Pelakon, Idan Aedan atau nama sebenarnya Muhammad Shahidan Abdullah berjaya melakar sejarah dalam kariernya dan juga industri seni tempatan apabila menjadi pelakon pertama Malaysia yang membintangi siri Netflix antarabangsa.

Artikel Berkaitan: Saya & Mia Sara Hanya Berkawan – Idan Aedan

Artikel Berkaitan: Meerqeen Mahu Tawan Pasaran Indonesia – Syukur Dapat Tawaran Berlakon & Pengacara

Watak utama siri Netflix antarabangsa

Pelakon remaja berusia 18 tahun ini, difahamkan diberi kepercayaan membawa watak utama sebagai Tyar dalam siri Netflix 13 episod yang bertajuk Mr. Midnight: Beware The Monsters.

Difahamkan siri terbabit telah menjalani penggambaran di Batam, Indonesia dan Singapura pada pertengahan tahun 2021 lalu.

Menurut Idan, dia rasa amat  bersyukur kerana diberi peluang dan kepercayaan untuk menjayakan siri tersebut. Tambahnya lagi, semua ini seolah-olah mimpi baginya kerana bukan mudah untuk seorang pelakon tempatan diberi peluang bekerja dengan produksi antarabangsa.

Saya bersyukur diberikan peluang sebesar ini. Dalam masa yang sama saya boleh cakap, tak pernah terbayang untuk saya sampai ke tahap ini. Saya baru berusia 17 tahun ketika itu. Alhamdulillah sudah rezeki saya.

Saya sedar, bukan mudah untuk pelakon tempatan diberikan peluang sebegitu. Rasa seperti mimpi pun ada. Tidak dinafikan, bekerja dengan produksi antarabangsa adalah antara impian saya. Dapat pula berlakon dalam drama genre kesukaan iaitu seram. Cuma, saya tidak menyangka rezeki saya datang terlalu cepat.

Satu kenangan manis

Tambah pelakon muda ini lagi, meskipun terpaksa bertutur dalam bahasa Inggeris ketika penggambaran tetapi pengalaman dapat bergandingan dengan pelakon remaja popular dari Indonesia iaitu Adinia Wirasti dan Maxime Bouttier sebagai satu pencapaian luar biasa. Bukan itu sahaja, Idan juga mengakui berasa bertuah dapat bekerjasama dengan pelakon Caleb Monk, Chen Yixin dan Nikki Dekker dari Australia.

Saya boleh kata satu kenangan manis dan tak dapat saya lupakan. Dalam usia yang muda dapat bekerja dengan mereka yang sudah dikenali di peringkat antarabangsa. Ini satu pencapaian yang tak pernah saya terfikir.

Sumber: Media Hiburan

SKIP THIS AD ×