Foto: Cashify
Sebelum ini, kerajaan Perak memaklumkan pemberian 20,000 telefon pintar kepada keluarga yang layak (B40) bagi program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) adalah bermatlamatkan untuk pembelajaran semata-mata.
Ujar Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia, Ahmad Saidi Mohamad Daud perkara tersebut secara tidak langsung dapat membendung pelajar daripada penyalahgunaan telefon bimbit dan menggunakannya bagi perkara yang tidak berfaedah.
Hanya khas untuk PdPR
Foto: Harian Metro
Ujarnya lagi, peranti yang diberikan dikhususkan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dan turut disediakan satu aplikasi pembelajaran yang dikenali sebagai Frog Play.
Tetapi sekiranya pelajar merungut telefon diberikan ini perlahan atau kualitinya tidak baik, saya percaya mungkin pelajar menggunakannya untuk bermain game dalam talian dan sebagainya memandangkan prestasi peranti ini sememangnya akan terjejas jika dipasang dengan aplikasi berat seperti ‘game’.
Pada masa yang sama, Saidi juga berharap supaya ibu bapa yang menerima insentif ini untuk menggunakan kemudahan yang ada dengan sebaik mungkin.
Telefon sudah terbakar
Foto: Syed Saddiq
Bagaimanapun, salah seorang penerima insentif ini mendakwa telefon yang diberikan sudah terbakar dan turut berkongsi foto keadaan peranti tersebut. Ujarnya lagi, kejadian itu berlaku ketika anak saudaranya menggunakan peranti tersebut ketika sesi PdPR dan jangka hayat peranti itu tidak sampai sebulan.
Susulan daripada itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menerusi satu ciapan di Twitter, memberikan teguran kepada pihak berkenaan berhubung kualiti telefon yang diterima oleh pelajar.
Bagi telefon kualiti rendah sebab buruk sangka dengan pelajar kononnya mahu elak mereka main game. Akhirnya, telefon rosak. Yang susah, pelajar. Belanjalah lebih sedikit untuk pendidikan mereka. Kerajaan ada wang. Guna untuk pelajar.
Respon netizen
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sempat memberikan pandangan mereka berhubung peranti tersebut. Mereka juga mendakwa telefon yang diberikan adalah berkualiti rendah dan tidak sesuai digunakan bagi pelajar.
Sumber: Harian Metro & Syed Saddiq