Warganet menegur pendakwah bebas iaitu Da’i Syed susulan sering memuat naik video mesra bersama isterinya Hana Ismail di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Jerit Macam Teruja Nampak Saya’ – Da’i Syed Dedah Pernah Terserempak Dengan Pemfitnah Ketika Berjalan Bersama Isteri
Artikel Berkaitan: Da’i Syed Dakwa Difitnah Dua Wanita, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Inilah Nikmat Sebuah Kehilangan’ – Genap Seminggu Hana Ismail Berpantang Akibat Keguguran
‘Semoga bahagia milik kita’
Menerusi hantaran di TikTok, Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful dilihat sedang berkhemah (camping) di tepi pantai bersama Hana.
Di kapsyen, penyanyi berumur 28 tahun itu turut mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.
Semoga bahagia selalu milik kita berdua
‘Jangan tunjuk bahagia’
Bagaimanapun, kemesraan yang ditonjolkan tanpa segan silu itu telah mendatangkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.
Seorang netizen meninggalkan komen dengan mengingatkan Syed untuk menyimpan sedikit kemanisan kerana boleh mendatangkan penyakit ain.
Orang cakap bahagia kita jangan tunjuk sangat dekat orang.. Sebab dalam dunia ini macam-macam penyakit ada.. Penyakit ain.. Kenangan tu biar kita simpan je dengan pasangan..
Tidak berdiam diri, Syed kemudian membalas ringkas komen tersebut.
Inshallah kak. Doakan yg baik-baik. Ini hanya 20% sahaja dari kenangan kami.
Sekadar info, Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember tahun lalu di Kuala Lumpur.
Video
@daisyed_ Semoga bahagia selalu milik kita berdua ??
Sumber: TikTok