Seringkali kita mendengar keluhan dan rasa tidak puas hati orang ramai apabila berurusan di kaunter badan kerajaan. Dakwa mereka perkhidmatan lambat, kaunter banyak ditutup dan sebagainya. Tapi tak semuanya begitu.
Bagi mengurangkan tekanan, Imigresin Pulau Pinang telah melakukan senaman ringkas untuk orang ramai yang menunggu sekali gus dapat mengisi masa mereka dengan aktiviti berfaedah. Namun, aktiviti tersebut mendapat respon kurang senang dari netizen.
Senaman ringkas bawa kelainan
[Video] Senaman ringkas bawa kelainan di Imigresen Pulau Pinang @imigresenmy https://t.co/2S6aUexDJIhttps://t.co/cMWnh2ZGcR pic.twitter.com/keeyAEkuWu
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 3, 2019
Video berdurasi 1:55 minit ini sebuah rakaman laporan keadaan di Imigresen Pulau Pinang menyaksikan senaman ringkas dilakukan di hadapan kaunter urusan. Senaman ringkas itu turut diketuai oleh Amerul Fariz, Pegawai Jabatan Imigresen berkata senaman tersebut dilakukan sewaktu pelanggan menunggu giliran mereka.
Ini juga satu pendekatan menampilkan sisi mesra kami kepada orang awam yang selama ini mungkin hanya melihat sisi ‘garang’ kami sahaja ekoran operasi-operasi penguatkuasaan yang kami jalankan.
Senaman selama 10 minit bertujuan membolehkan pelanggan mencergaskan diri sekali gus dapat mengurangkan stress menguruskan perkara-perkara yang memakan masa agak lama seperti urusan visa dan pasport.
Baik duduk di kaunter cepatkan urusan
Bagaimanapun, aktiviti tersebut undang kecaman netizen yang beranggapan senaman ringkas itu membuang masa dan tidak mendatangkan faedah. Sedangkan banyak urusan yang perlu dipercepatkan pegawai di kaunter.
Jangan dok nganga ja
Sadis
Sumber: Bernama