berita

Bakal Nikah Dengan Dhabitah Sabri? Bekas Isteri Jiggy Okey Sahaja

February 9th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Desas desus kencang mengatakan Jiggy Masin bakal menamatkan zaman dudanya bersama dengan atlet penerjun negara terkenal, Nur Dhabitah Sabri.

Artikel Berkaitan: ‘Single But Not Available’ – Maaf Kaum Lelaki Di Luar Sana, Dhabitah Sudah Ada Kekasih Hati

Artikel Berkaitan: ‘Dah Lama Tak Ada Kena Mengena’ – Azhar Apandi Akui Bukan Kekasih Nur Dhabitah Lagi

Elly tumpang gembira

Bekas isteri pelawak dan pelakon tersebut, Elly Arifin ketika diajukan soalan berkenaan hubungan Jiggy dan Dhabitah menyatakan bahawa dia gembira dengan berita ini dan mendoakan semua perancangan pasangan itu dipermudahkan.

Saya tumpang gembira apabila dapat tahu dia sudah temui pasangan dan bakal berkahwin.

Sebenarnya saya sudah tahu cerita ini sejak tahun lepas lagi, tapi bukan daripada mulut dia sendiri. Cuma ketika kami sama-sama terbabit dalam sebuah program tahun lalu, saya ada cakap jangan lupa jemput kalau dah nak kahwin.

Pelakon dan pengacara itu mendedahkan bahawa Jiggy juga adalah bekas pemain hoki kebangsaan dan dia percaya bahawa Dhabitah boleh menjadi pengganti  yang lebih baik daripadanya.

Dalam pada itu, Elly juga tidak mahu Jiggy dalam kesunyian tanpa teman hidup.

Saya selalu mendoakan supaya dia temui jodoh dengan cepat sebab saya tak nak dia rasa kesunyian seperti yang saya rasakan sekarang.

Saya bukan nak cakap yang saya sunyi memanjang, tapi sudah tentu setiap orang perlukan pasangan sebagai peneman. Saya rasa Allah telah makbulkan doa saya.

Sebelum ini terdapat khabar angin yang mendakwa Jiggy dan pasangan baharunya Dhabitah Sabri sedang menyulam cinta dan bakal berkahwin dalam masa terdekat ini.

Sekadar info, Elly dan Jiggy berpisah pada Januari 2020 setelah lima tahun mendirikan rumahtangga.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×