berita

‘Dah Lama Tak Ada Kena Mengena’ – Azhar Apandi Akui Bukan Kekasih Nur Dhabitah Lagi

August 5th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, viral di media sosial sesi temuramah di stesen radio mengenai atlet penerjun negara iaitu Nur Dhabitah Sabri yang dikatakan sudah ‘berpunya’. Lantas, netizen mengaitkan kekasih Nur Dhabitah dengan seorang pemain bola sepak dari kelab Perak FC iaitu Azhar Apandi.

Artikel berkaitan: ‘Single But Not Available’ – Maaf Kaum Lelaki Di Luar Sana, Dhabitah Sudah Ada Kekasih Hati

Malah, spekulasi tersebut juga dikuatkan lagi dengan sebuah foto sambutan hari jadi bersama Azhar Apandi.

Harap korang semua faham

Terbaharu, Azhar Apandi kelihatan di IG Stories memuat naik status dan menafikan tidak mempunyai hubungan dengan atlet penerjun negara itu selepas namanya mula menjadi perbualan netizen. Menurut laporan Harian Metro, difahamkan Nur Dhabitah adalah kekasihnya dahulu namun, hubungan mereka sudah berakhir.

Azhar turut meminta agar netizen dan peminat masing-masing tidak lagi mengaitkan nama mereka berdua.

Awak-awak semua, saya dah lama tak ada kena mengena dengan si dia. So, please lah hormat saya dengan si dia okay. Harap korang semua faham okay. Love you guys.

Sumber: Harian Metro, Azhar Apandi

SKIP THIS AD ×