Pelakon Elvina Mohamad meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh PU Syed mengenai kemenangan pelakon Michelle Yeoh pada malam Anugerah Akademi ke-95 (Oscars 2023).
Artikel Berkaitan: ‘Apa Dibangga Dengan Anugerah Oscar?’ – PU Syed
Artikel Berkaitan: ‘Kejayaan Menang Oscar, Hadiah Sempena Hari Jadi Saya Bulan Depan’ – Ibu Michelle Yeoh
Susah la ustaz oi
Elvina, 28, memuat naik di Instagram Stories dengan mempersoalkan semula hantaran yang dibuat PU Syed. Menurutnya, dia merasakan tiada yang salah apabila mengucapkan tahniah atas kemenangan seseorang.
Kalau congrats kan pemenang pun salah di mata ustaz, susah lah ustaz oi.
Tiada apa pun yang nak diherankan, dah orang tu menang, kita ucap la tahniah.
Apa yang membuatkan pelakon drama ‘Takdir Yang Tertulis’ itu lebih beremosi apabila sebarang masalah yang timbul di kalangan PU, Da’i dan Ustaz, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh PU tersebut malah memilih untuk tidak bersuara mengenainya.
Sekadar info, anak kelahiran Ipoh, Perak iaitu Tan Sri Michelle Yeoh telah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar edisi ke-95 baru-baru ini.
Sumber: Instagram @elvinamohamad