berita

Bakpe Mek Terajang Ayoh..

July 23rd, 2018 | by Wan
Kini Trending

Sudahlah uzur terlantar sakit, ditendang isteri pula! Itu yang berlaku kepada seorang lelaki berusia 75 tahun yag dipukul dan ditendang oleh isterinya gara-gara tidak tahan dengan bau kencing si suami yang terlantar sakit.

Kejadian yang berlaku di Kampung Gong Pasir, Jertih itu bermula apabila suspek memarahi mangsa yang terlantar sakit kerana tidak tahan dengan bau kencing suaminya. Menurut laporan Harian Metro, wanita berusia 44 tahun itu memukul suaminya menggunakan penyapu dan menendang kepala serta punggung lelaki itu bagi melepaskan amarah.

Jelas sumber, anak mangsa berusia 14 tahun yang menyedari perkara itu cuba menghalang perbuatan suspek namun dirinya diacukan pisau sebelum berlaku pergelutan antara dua beranak itu.

Kekecohan yang berlaku disedari anak perempuan mangsa yang cuba menghalang perbuatan suspek sebelum berlaku pergelutan antara dua beranak itu.
Suspek yang bengang dengan tindakan anaknya itu bertindak mengambil pisau lalu mengacukan senjata itu ke arah anaknya.
Anak mangsa dikatakan meminta bantuan sepupunya sebelum sepupunya itu membawa dua beranak terbabit berlindung di rumahnya di Kampung Amir.

Suspek bagaimanapun telah ditahan di rumahnya sehari selepas kejadian pada Sabtu lalu selepas satu laporan polis dibuat anaknya di Balai Polis Kampung Raja.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan, Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, suspek direman tiga hari sehingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK) kerana dengan sengaja menyebabkan cedera dan Seksyen 506 KK kerana melakukan ugutan jenayah.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×