Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam (IPD) serta balai polis di seluruh negeri Selangor turut membantu mengesan Zalina Azman, bekas personaliti TV3 yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.
Artikel berkaitan: Proses ‘Renovate’ Terhenti Beberapa Bulan Sebelum Kehilangan, Polis Giat Cari Pekerja Ubahsuai Rumah Zalina
Artikel berkaitan: Seorang Lagi Wanita Mirip Zalina Ditemui, Polis Sahkan Imbasan Cap Jari Tak Sepadan
Artikel berkaitan: Ras Adiba Cari Zalina Azman Sampai 3 Pagi – ‘Zal Kat Mana, Deep Cari Ni’
Artikel berkaitan: Bekas Pengacara Majalah 3 Terkejut Zalina Tiba-Tiba Hilang, Doakan Ditemui Semula
Artikel berkaitan: ‘Kali Terakhir Jumpa Pada Tahun 2013’ – Zakiah Anas Terkejut Dapat Berita Rakan Seperjuangan ‘Hilang’
Tiada petunjuk baharu
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, setakat ini tiada sebarang petunjuk baharu ditemui berhubung pencarian itu.
Skop pencarian adalah seperti hebahan yang dibuat oleh pihak media di seluruh negara. Pihak kami juga mohon semua IPD dan Balai untuk membantu dalam skop pencarian Orang Hilang (OH) ini. Sehingga sekarang belum ada maklumat baru.
Tambah Iqbal, pihaknya masih mengesan pekerja yang pernah melakukan pengubahsuaian di kediaman Zalina bagi membantu siasatan. Terbaru, Ras Adiba Radzi memberitahu seluruh ahli keluarga Zalina termasuk dua anaknya dilaporkan runsing memikirkan keadaan dan keselamatan bekas personaliti TV3 itu, yang tidak menghubungi mereka sejak bulan November, lalu.
Saya berkesempatan bertemu dengan keluarga Zalina iaitu abangnya, Hans dan anaknya, Mikael (33 tahun) di Balai Polis Shah Alam. Mereka menyatakan keresahan dan kerisauan kehilangan ahli keluarga mereka itu. Seorang lagi anaknya, Ryan (14 tahun) juga berkongsi kerisauan itu. Mereka turut menyatakan, sudah tidak tahu untuk mencari di mana lagi Zalina ketika ini.
Disoal adakah ahli keluarga wanita itu mencari Zalina sejak dia dilaporkan menghilangkan diri, Ras Adiba menyatakan ahli keluarga masih berbuat demikian sehingga ke saat ini.
Sumber: Berita Harian