berita

Band Baru Ini Bakal Imbau Kenangan Korang Terhadap Q-Face & New Boyz

March 19th, 2015 | by Wan
Video Popular

h

Sebut saja nama Q-Face dan New Boyz pasti korang teringat lagu-lagu mereka yang cukup popular pada ketika itu. Siap hafal kot, lagi-lagi lagu macam Izinkanlah dan Sejarah Mungkin Berulang. Sayangnya populariti band ‘budak sekolah’ ini hanya sekejap dan berpecah beberapa tahun kemudian.

Namun menerusi single pertama kumpulan Payslip, Syurga Sang Pencipta, kami yakin ia bakal mengimbau kembali kenangan korang terhadap kumpulan Q-Face dan New Boyz. Memang terbaik lagu ini, tak percaya dengar sendiri.

Bakal Kembalikan Kegemilangan Boy Band 90-an?

Membariskan remaja lingkungan umur belasan tahun yang dianggotai oleh Akeem (vokalist), Jimmy (bassist), Arif (guitarist), dan Wan (drummer), Payslip kini mempunyai 5 buah lagu sendiri.

Apa yang menariknya tentang Payslip ialah kejayaan mereka menarik perhatian Spotify. Kiranya lagu-lagu Payslip ni boleh dengar dekat Spotify lah. Malah dua orang daripada ahli kumpulan ini merupakan adik beradik.

Kumpulan Ini Boleh Boom – Pak Nil

Walaupun masih baru di dalam industri musik tanah air, kami yakin nama Payslip bakal ‘meletop’ satu hari nanti. Malah Pak Nil pun sempat beri komen tentang kumpulan ni.

Satu je pesanan kami, bila dah masuk dalam industri musik yang penuh dengan pancaroba ni harap masing-masing pandai bawa dirilah. Silap langkah, jatuh terjunam. Amacam best tak lagu dorang ni?

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×