berita

‘Bang, Saya Nak Beli Roti Ni, Saya Lapar Tapi Tak Gaji Lagi’

November 2nd, 2019 | by Amat
Kini Trending

Tidak semua orang bernasib baik dalam dunia ini. Ada saja di antara kita yang terpaksa meneruskan kehidupan meskipun menghadapi kesusahan dalam meneruskan kelangsungan hidup. Kisah yang dikongsi Mohd Faisal Yusuf ini mendapat lebih 1.7ribu perkongsian di Facebook.

Dia terlihat seorang pemuda yang tidak dikenalinya mundar-mandir di dalam sebuah kedai dan kelihatan gelisah, sebelum datang kepadanya meminta dibelanjakan sebungkus roti.

‘Saya lapar. Nak beli tapi tak gaji lagi’

Individu ini menceritakan kisah di mana dia berdepan dengan seseorang tidak dikenalinya yang menginginkan sebuah roti dan meminta dibayar.

Ada satu malam saya dengan kawan singgah Family Mart. Teringin nak makan “oden”. Masa sampai tu panjang pula beratur. Lapar benda sedap punya pasal, gigih juga kami tunggu. Sedang berbaris, saya perasan ada seorang lelaki mundar-mandir di bahagian roti.

Kejap dia pegang, tengok, kemudian letak balik salah satu bungkusan roti. Dia berlalu ke bahagian rak lain. Tak lama lepas tu dia kembali ke bahagian roti yang dipegang tadi. Dia sentuh lagi bungkusan roti tadi sambil pandang kiri kanan. Saya tak lah perhati beria, tapi boleh perasan muka dia macam resah. Sedang saya ralit scroll hand phone, tiba-tiba sahaja saya ditegur.

“Bang, oo bang. Minta maaf bang”. Saya dongakkan kepala. ‘Oh ni lelaki tadi’.

“Ya saya”. Mata saya pandang atas bawah. Tak pasti apa yang dia nak.

“Bang, saya nak beli satu roti ni. Boleh tak kalau abang belikan saya? Saya lapar. Nak beli tapi tak gaji lagi.” Minta lelaki tadi teragak-agak. Cuba nasib mungkin.

“Oh ya ka. Roti mana bang? Cuba ambil bagi saya tengok.” Saya tak berganjak dari barisan menanti giliran membeli. Dia terus pergi ke depan dan ambil roti yang dia belek tadi. Kemudian kembali kepada saya.

“Ni rotinya, bang. Harganya RM4.90.”

“Oh ya ka. Nah ambil duit ni pergi bayar di kaunter sana”. Saya tengok yang dia pilih kemudian hulur sekeping duit RM 5.

Dalam wallet memang baki duit ngam-ngam

Keadaan menjadi lebih tersentuh apabila lelaki tersebut mengucapkan terima kasih dan wajahnya bertukar menjadi ceria sebelum berlalu pulang meninggalkan kedai itu.

Terus dia ambil dan bayar. Muka terus berubah ceria. Dia datang kembali ke saya dan ucap terima kasih. Kemudian cepat-cepat berlalu keluar kedai. Ada satu benda yang buat saya berfikir masa tu. Saya jadi kurang senang sebab tak ada jawapan. Punyalah banyak roti, sandwich, kek dan bermacam lagi. Semua nampak sedap. Tapi kenapa dia pilih untuk saya bayarkan roti itu?

Dah la dalam wallet saya memang baki duit ngam-ngam untuk beli oden lepas saya kasi dia duit. Curious sangat nak tahu, saya terus ke rak mencari roti yang lelaki tadi ambil. Saya tinggalkan kawan lagi sorang berbaris.

‘Oh roti Cheese rupanya. Sedap sangat ka?’. Saya fikir panjang. Perut lapar oden. Duit ada ngam-ngam. Tapi teringinnya nak rasa roti ni. Apa yang special sangat. Saya pegang dan tengok isi. Nampak macam sedap. Sebungkus ada 4 slice.

Entah-entah mungkin 4 slice ni adalah roti yang dia nak berkongsi dengan isteri dan anak. Kalau ambil sandwich nak makan ramai mana nak cukup. Kalau ambil roti lain nak kena potong-potong. Nak beli roti Gardenia, memang lagi murah, mungkin tak sesedap yang ini.

Saya terus makan roti cheese tadi

Mohd Faisal Yusuf menyedari akan hikmah disebalik kejadian tersebut yang berdepan dengan seseorang kurang bernasib baik sehingga membuatkan dirinya perlu menolong walaupun tidak mengenali.

Akhirnya saya buat keputusan untuk beli. Tak apa lah oden tu, makan je lah lain kali. Tak pun pau je lah member punya. Huhu. Settle kawan beli, kami pun balik. Dalam kereta saya terus makan roti cheese tadi. Lapaq woih. Dah rasa tu, baru tahu rasanya. Memang boleh tahan sedap pun rotinya.

Sedih pulak tiba-tiba. Kita ni macam-macam Allah dah beri. Namun kita masih rasa tak cukup dan hidup susah. Ada orang tunggu gaji untuk beli phone baru, baju baru, kasut baru, tapi ada lain pula nak beli roti pun berharap pada gaji. Part yang paling best malam tu adalah, saya tak sangka kawan akan beli oden dengan banyak. Hampir 20 ringgit juga di beli. Dia ajak makan sama. Belanja katanya. Kongsi berdua, dapatlah merasa makan sorang RM10.

Masa ini entah kali berapa, saya tetap kagum dengan hebatnya balasan kita tak berkira bila memberi. Saya beri 5, saya dapat 10. Lagi banyak kita beri, lagi berganda rezeki.

Sumber: Mohd Faisal Yusuf

SKIP THIS AD ×