berita

Bangun Awal Kalau Tak Nak Bayar Tol – Menteri

November 3rd, 2015 | by Wan
Kini Trending

bangun

Bulan lalu menyaksikan kadar tol untuk beberapa lebuhraya dinaikkan dan rakyat terpaksa menerimanya dengan hati terbuka walaupun ianya tidak dijangka.

Semalam, kadar tambang bagi pengangkutan awam seperti LRT dan KTM juga dikhabarkan mengalami kenaikan.

Terbaru, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata rakyat perlu bangun awal pagi jika tidak mahu tol. Serius lah? Menteri?

Rakyat kena bangun awal?

rahman

Memetik laporan Free Malaysia Today, rakyat disaran supaya merancang perjalanan dengan bangun lebih awal untuk ke tempat kerja jika tidak mahu membayar tol susulan pengenalan kadar baharu tol yang berkuatkuasa bulan lalu.

Beliau juga mencadangkan rakyat memilih jalan alternatif yang sememangnya disediakan oleh kerajaan bagi pengguna yang mahu mengelak daripada membayar tol.

Saya nak tekankan, dimana kita letakkan tol kita mempunyai jalan alternatif, ada jalan alternatif dari point A ke point B tanpa melalui tol. Bila tidak melalui tol dia akan memakan masa dan menghadapi kesesakan lalu lintas dan menghadapi banyak lampu isyarat.

Kena bahagi masa

Kuala Lumpur, 13 September 2010 - Tinjauan kenderaan orang ramai berpusu-pusu pulang ke pusat bandar Kuala Lumpur  dari arah Utara ke tol Jalan Duta  Gambar oleh Noor Asrekuyzairey Salim Pemberita : Farhana Jani (AM Utusan)

Tambah beliau lagi rakyat perlu bijak dalam membahagi masa dan bangunawal untuk ke tempat kerja.

Jadi dari segi itu kita kena bahagi masa, kalau tak nak bayar tol, kita kena bahagi masa. Bahagi masa untuk sampai ke destinasi kita mungkin kena turun 15 minit lebih awal, 20 minit lebih awal kena bangun.

Kos untuk menyelanggara ini semakin hari semakin meningkat dan kita tahu bahawa tol tidak naik untuk beberapa tahun dan bila dia naik kita berharap rakyat faham kos itu meningkat.

Sumber : Free Malaysia Today

SKIP THIS AD ×