Pelakon Yuna Rahim akui dirinya sangat gembira sepanjang sebulan lebih bergelar ibu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kenapa Seksi Sangat?’ – Netizen Tegur Cara Pemakaian Yuna Rahim
Artikel Berkaitan: Yuna Rahim Selamat Melahirkan Cahaya Mata Pertama!
Enjoy jadi ibu
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Yuna berkata, bangun tengah malam untuk memberi susu kepada anak, Muhammad Hud Adyan bukanlah suatu perkara yang mencabar sebagai seorang ibu.
Saya sangat enjoy jadi seorang ibu kalau ramai yang nak tahu. Contoh bangun tengah malam itu bagi saya bukan cabaran, malah, ia membuatkan saya seronok. Sebab benda macam ini akan datang sekali sahaja. Sebab anak kita akan cepat membesar. Jadi momen bangun tengah malam itu tidak akan kekal lama.
Yuna yang ditemui pada Majlis Pelancaran Drama Pendek Pertama Di Malaysia anjuran Just Work Entertainment, baru-baru ini, turut memberitahu bahawa dia tidak takut untuk menghantar anak ke rumah pengasuh sekiranya kembali aktif berlakon.
Soal berat atau tak nak tinggal anak sewaktu bekerja, bagi saya tak. Kalau saya kena kerja memang saya akan bagi dekat orang untuk jaga anak. Saya tak takut nak hantar anak ke pengasuh sebab ia dalam kalangan keluarga. Lagipun, berlakon itu sumber mata pencarian saya, jadi saya tak boleh nak buat apa.
Tambah Yuna, suaminya iaitu Muhammad Nurakmal Ayub seorang yang sangat memahami bahkan, mereka sudah berbincang mengenai perkara tersebut.
Suami sangat memahami sebab dia dalam bidang yang sama cuma di belakang tabir.
Berbicara lebih lanjut, pelakon berusia 29 tahun ini mengakui bahawa emosinya mudah terkesan selepas bergelar ibu.
Perubahan yang paling ketara yang saya nampak ialah saya mudah tersentuh dari segi emosi. Dulu saya seorang yang sangat kasar, sekarang saya rasa macam lembut. Saya tak boleh tengok berita viral pasal orang dera atau apa sahaja melibatkan anak-anak.
Di akhir temu bual, OhBulan! sempat bertanya kepada Yuna mengenai perancangan karier selepas ini. Pelakon drama ‘Syuga Untukmu’ ini mahu menghadiri sesi casting bagi pencarian pelakon untuk drama pendek anjuran Just Work Entertainment.
Kalau diberi peluang saya memang nak berlakon dalam drama pendek. Bagi pandangan saya, sekarang semua orang suka tengok drama yang pendek. Di samping itu, drama pendek sebegini memberi peluang dan ruang kepada semua untuk terlibat sama.