Tak ada angin, tak ada ribut nama aktivis yang memperjuangkan kes-kes penganiayaan, Yusery Yusoff menjadi bualan apabila dia didakwa menyeleweng wang sumbangan orang ramai yang disalurkan kepada akaun syarikat yang ditubuhnya, YY Community Centre.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bapa Dakwa Anak Meninggal Dunia Ketika Dirawat, Pihak HTAR Sedang Siasat
Songlap duit bantuan?
Menerusi hantaran yang dimuat naik aktivis skuad pengurusan jenazah terkenal iaitu Mr Wan Cai, Yusery didakwa hanya memberi RM5,000 daripada RM53,065 yang diterima mereka.
Wang tersebut difahamkan disalurkan orang ramai bagi membantu membaiyai kos guaman membabitkan kematian arwah adik Dea Maisarah yang meninggal dunia di sebuah hospital terletak di Klang beberapa bulan lalu.
Kutipan kos duit guaman kes adik Dea Maisarah, jumlah yang dapat ialah sebanyak RM 53,065.
Semua duit tu orang sumbang direct masuk ke akaun atas nama Captegis Sdn Bhd.
Jangan buat main dengan duit sedekah orang yang dah meninggal dunia.
Tambah Wan Chai lagi, dia juga sudah pun memberikan peluang kepada Yusery untuk bersemuka dengannya namun aktivis itu memilih untuk bersembunyi di dalam pejabatnya.
Lain-lain kes aku tak nak ambil port, yang aku nak tahu pasal sumbangan kes kematian adik Dea Maisarah.
3 hari aku bagi kau peluang bersemuka dan jelaskan tentang hal ni tapi kau pilih untuk sembunyikan diri dalam pejabat kau.
Kau kena ingat, kes anak syurga ni di bawah tanggungjawab aku, kau sebat baki duit sumbangan tu ibarat kau declare perang dengan aku.
Siap tukar nama syarikat?
Sementara itu, seorang peguam yang dikenali sebagai Fira Fahmi juga tampil memuat naik hantaran mengenai isu ini sekaligus menguatkan lagi dakwaan tersebut.
Menurut Fira, ketika dia ingin mengambil duit yuran guaman di pejabat Yusery, dia mendapati aktivis berkenaan telah menukar nama syarikatnya dari YY Community Centre kepada YYCC Captegis Sdn. Bhd.
Bukan itu sahaja, Fira juga mendakwa Yusery bukan sahaj menyelewen wang sumbangan berkaitan kes guaman adik Dea Maisarah, malah turut menyeleweng wang sumbangan orang ramai terhadap kes-kes lain.
Ada modus operandi baru ke YYCC ? Aku datang nak collect duit legal fees. Tapi nampak ada QR code baharu ni? Yuseri Yusoff buka jela pintu kalau tak salah. Orang salah je lari lari ni bro. Pagar grill kau tak kunci pun maksudnya kau kat dalam kan?
Staff kau semua balik kampung? Pandai pula staff kau balik kampung semua sekali one shot lepas kantoi.
Duit orang lain pun bayar balik la bro. Tak payah belit beli dah berjam aku tunggu depan YYCC kau ni. Buka entiti baru pun nak buat apa? Banyak duit orang dah rembat ni.
Sekadar info, Yuseri Yusoff sangat dikenali kerana ketegasannya dalam mencari keadilan buat anaknya, Baby Syifa yang didakwa meninggal dunia akibat penganiayaan ketika berada di sebuah pusat asuhan.
Yuseri kemudiannya telah menubuhkan satu persatuan yang bernama YY Community Centre bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah yang lebih kurang sama dengan situasi yang dialaminya.
Sumber: Facebook