berita

Bapa Durjana Jadikan Anak Kandung Hamba Seks, Guna Objek Keras ‘Seksa’ Isteri

October 14th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di Sungai Petani, Kedah seorang bapa bertindak di luar kawalan apabila dia dipercayai merogol anak kandungnya selain turut menyeksa isteri sendiri dengan memasukkan botol susu pada kemaluan wanita malang itu. Apa yang lebih mengejutkan, perbuatan ‘tidak bermoral’ itu dikatakan berlaku sejak Disember yang lepas dan berakhir pada Jun lalu.

Artikel Berkitan: 8 Beradik Trauma Jadi Mangsa Cabul Ayah Sendiri, Emak Ugut Bunuh Diri Kalau ‘Report’ Polis – ‘Waktu Tu Sangat Gelap…’

Artikel Berkaitan: Doktor Tergamam Pelajar Perempuan Mengaku Dirogol Bapa Kandung Tapi Lagi ‘Geram’ Bila Ibu Sendiri…

Artikel Berkaitan: Kenapa Uncle Tonyoh Muka Kakak Dekat…’ – Ibu Tergamam Anak Jadi Mangsa Kerakusan Kawan Baik Suami

Bapa panas baran

Sekadar gambar hiasan

Lapor Harian Metro, mangsa yang merupakan anak sulung berusia belasan tahun, merupakan seorang pelajar cemerlang didakwa menjadi ‘hamba seks’ bapanya ketika si ibu keluar bekerja atau sedang tidur. Namun, gadis malang ini hanya bertindak mendiamkan diri dan sama sekali tidak menceritakan perbuatan terkutuk tersebut berikutan khuatir adiknya akan dipukul oleh bapanya yang panas baran.

Menurut sumber, lelaki berkenaan juga didakwa bertindak ‘kejam’ terhadap isterinya yang berusia 30-an dengan kerap memasukkan botol serta objek yang tidak diketahui ke dalam kemaluan wanita tersebut ketika mereka sedang melakukan hubungan intim. Difahamkan, perbuatan ‘pelik’ itu dikatakan berlaku sejak tiga tahun lalu selepas kelahiran anak bongsu mereka.

Sama seperti anaknya, si ibu enggan menceritakan kejadian terbabit kepada sesiapa kerana tahu suaminya panas baran dan bimbang anak-anaknya menjadi mangsa dia melepaskan kemarahan.

Perbuatan jahat lelaki berusia 40 tahun yang juga penganggur itu terbongkar apabila isterinya yang tidak tahan dengan perangai suami memberitahu anak sulungnya yang dia nekad mahu keluar dari rumah berkenaan.

Anak baru cerita perkara sebenar

Sekadar gambar hiasan

Susulan daripada itu, anak sulungnya tampil menceritakan perkara sebenar sebelum si ibu meminta bantuan saudara mereka yang lain bagi membuat laporan polis.

Siasatan mendapati kejadian rogol membabitkan remaja itu berlaku pada 3 pagi hujung tahun lalu ketika mangsa sedang tidur. Sejak itu, mangsa mendakwa dirogol sebanyak enam kali dengan kejadian terakhir berlaku pada petang Jun lalu.

Wanita itu dan anaknya akan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan mereka akan dirujuk kepada pusat kaunseling.

Kini, suspek telah ditahan semalam, dan hasil siasatan awal suspek mengaku telah melakukan perbuatan terbabit kepada mangsa.

Menerusi semakan ujian air kencing mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah dan akan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×