Gambar sekadar hiasan
Tergamaknya seorang bapa apabila sanggup menjadikan anak kandungnya sendiri sebagai hamba seks selama 11 tahun tanpa pengetahuan ahli keluarga yang lain.
Artikel Berkaitan: Ibu Tahu Anak Perempuan Diperkosa Bapa Tiri, Pilih Untuk Berdiam Diri Sebab Sayang Suami Baharu
Anak hamil 7 bulan
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Berita Harian, kejadian itu mula terbongkar apabila seorang ahli keluarga mereka mula menyedari berlakunya perubahan fizikal pada badan mangsa yang baru sahaja berusia 17 tahun.
Menurut Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, mangsa kemudiannya membuat pengakuan bahawa dirinya telah menjadi mangsa rogol bapanya sejak dirinya berusia enam tahun dan ia berlarutan sehingga kini.
Mangsa kemudiannya membuat laporan berhubung kejadian tersebut kepada pihak polis.
Bagaimanapun, ujian saringan air kencing mendapati mangsa sudah hamil. Siasatan polis mendapati mangsa dirogol sejak usia enam tahun.
Susulan itu, pihak polis melakukan tahanan terhadap bapa mangsa yang berusia 41 tahun dan hasil siasatan yang dibuat mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamin.
Suspek kini dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk mendapatkan perintah reman dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.
Sumber: Berita Harian