berita

‘Dia Dah Beli Tiket Ke Finland Untuk…’ – Bapa Mangsa Langgar Lari Kongsi Impian Terakhir Anak

October 19th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Seorang wanita, Wan Amirah Wan Alias maut selepas dirempuh dan diseret sebuah kereta di hadapan bangunan kedai Sfaftsbury Square, Cyberjaya. Suspek, seorang warg asing bagaimanapun melarikan diri selepas melanggar mangsa. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada tindakan seorang lelaki warga asing tidak berpuas hati selepas pengawal keselamatan di situ tidak membenarkannya parkir di petak OKU.

Artikel berkaitan: Bawa Kereta Laju, Berang Sebab Pegawai Keselamatan Tak Benarkan Parkir Di Parkir OKU?

Menurut laporan BH Online, bapa mangsa, Wan Alias Wan Ismail reda dengan apa yang berlaku ke atas anaknya dan menyerahkan kes ini kepada pihak polis untuk menyiasat pemandu tidak bertanggungjawab itu.

Hanya sangka kemalangan kecil

https://www.facebook.com/suhailibilly/videos/pcb.10215354617771782/10215354736934761/?type=3&theater

Bapa mangsa memberitahu anaknya itu mengalami kecederaan serius pada bahagian dalaman tubuh akibat pelanggaran tersebut.

Saya menerima panggilan daripada rakan anak saya memaklumkan Amirah dibawa ke Hospital Putrajaya, akibat dilanggar dan pada mulanya menyangkakan hanya terbabit dalam kemalangan kecil.

Bagaimanapun apabila saya tiba di hospital saya mendapat maklumat mengenai kejadian sebenar yang menimpa anak saya.

Tambahnya lagi, dia juga terkejut selepas menonton rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian yang telah tular. Bagaimanapun, jenazah Wan Amirah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Sehingga kini saya tidak sanggup untuk melihat rakaman berkenaan, saya tiada upaya. Apapun saya terima ketentuan Illahi berhubung kejadian yang menimpa anak saya, semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Dia sudah mengatur rancangan ke Finland

Ayah mangsa turut terkesan akan pemergian anak perempuannya itu dan dia sempat berkongsi hasrat terakhir bersama arwah kepada pihak media.

Arwah seorang yang lasak dan cergas, kami pernah ke Maldives bersama-sama kerana dia ingin menyelam di sana, dan tahun depan dia sudah mengatur rancangan untuk ke Finland dan menyelam di sana. Dia dah beli tiket ke Finland untuk melihat ‘Northern Lights’ pada bulan Januari, namun tidak kesampaian.

Polis bagaimanapun telah berjaya menahan tiga warga arab dan seorang wanita Malaysia malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan. Seorang daripada tiga orang lelaki warga arab yang ditahan itu mengakui memandu kereta yang berjaya dirakam cctv.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×