Foto: Harian Metro
Seorang tukang urut mengaku bersalah merogol anak kandungnya sendiri dan dijatuhi hukuman penjara selama 72 tahun serta 30 sebatan.
Artikel Berkaitan: Lelaki Mengaku Bersalah Perkosa Anak Kandung Sampai Hamil
Hakim menangis jatuhkan hukuman
Foto: Harian Metro
Memetik laporan Harian Metro, Hakim Mahkamah Sesyen Muar, Abu Bakar Manat, meluahkan kekecewaannya serta dilihat menitiskan air mata ketika jurubahasa membacakan fakta kes tertuduh yang berusia 46 tahun itu.
Sebagai ayah, kamu sepatutnya menjadi wira dalam keluarga melindungi anak-anak. Saya sedih mengapa perkara ini boleh berlaku.
Mengikut fakta kes, tertuduh yang berdepan dengan tiga pertuduhan didakwa merogol anak kandungnya yang berusia 14 tahun dengan kejadian pertama berlaku pada 22 Jun lalu.
Dia kemudiannya mengulangi perbuatan terkutuk itu sebanyak dua kali lagi pada 26 Jun dan 3 Julai yang lalu.
Difahamkan, ketiga-tiga kejdian tersebut berlaku di sebuah rumah di yang terletak Sri Medan, Batu Pahat.
Bagi setiap pertuduhan, tertuduh berdepan dengan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan sehingga 10 kali mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.
Selepas mengambil kira pengakuan tertuduh, Abu Bakar kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama 24 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan hukuman sebanyak 30 sebatan manakala penjara selama 72 tahun.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara serentak dengan hukuman sebatan akan dijalankan secara berasingan.
Bagaimanapun, Seksyen 288 Kanun Tatacara Jenayah menyatakan 24 sebatan adalah jumlah maksimum dibenarkan mengikut kanun berkenaan.
Tertuduh juga diarahkan menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditahan 8 Julai lalu.
Sumber: Harian Metro