berita

Bapa Meninggal Saat Duduki Peperiksaan, Calon SPM Redha Diberitahu Lambat 5 jam

November 3rd, 2015 | by Wan
Kini Trending

muar

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Seorang pelajar yang sedang menduduki SPM menerima khabar duka sejurus tamat kertas Bahasa Melayu 1 apabila dimaklumkan ayahnya meninggal dunia.

Lebih memilukan, keluarga terpaksa menyembunyikan berita kematian tersebut dari pengetahuan pelajar terbabit walaupun kematiannya ayahnya 5 jam sebelum menduduki peperiksaan.

Meninggal 5 jam sebelum duduki SPM

Screen Shot 2015-11-03 at 11.46.12 AM

Calon SPM tersebut, Nur Fatin sempat menduduki kertas Bahasa Melayu 1 terlebih dahulu sebelum dimaklumkan oleh ahli keluarga yang menunggu untuk membawanya pulang.

Ketika itu, saya agak ralat kerana dimaklumkan agak lambat mengenai pemergian arwah ayah. Namun apabila memikirkan semula, saya reda apatah lagi ahli keluarga berniat baik bagi membolehkan saya menumpukan perhatian kepada kertas peperiksaan SPM.

Tiada apa yang boleh saya ungkapkan. hibanya saya apabila mengetahui insan paling saya sayang kini sudah pergi buat selamanya.

Pemergian ayah pada ulang tahun kelahiran

Screen Shot 2015-11-03 at 11.49.03 AM

Lebih memilukan, pemergian ayahnya itu berlaku pada hari ulang tahun kelahiran Nur Fatin. Dimaklumkan sudah 2 minggu dirinya tidak bertemu dengan ayahnya yang mengalami masalah kesihatan.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, arwah pernah berpesan agar melakukan yang terbaik di dalam peperiksaan nanti.

Arwah ayah mengatakan tanggungjawabnya adalah untuk mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya. Seperti ada maksud tersirat di sebalik pesanannya.

Tidak sangka arwah pergi pada hari pertama saya menduduki peperiksaan serta pafa hari lahir saya.

Terdahulu, Nasrudin Hashim meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang di rumahnya di Muar.

Sumber : Hmetro

SKIP THIS AD ×