Di Makassar, Sulawei Selatan, Indonesia, seorang lelaki bertikam lidah dalam keadaan mabuk sehingga bertindak memotong jari tangan menantunya.
Artikel Berkaitan: Dilabel Anak Tidak Membanggakan Punca Remaja Bunuh Ibu & Tetak Bapa Guna Parang
Mangsa tersinggung
Memetik laporan DetikSumut, pelaku yang dikenali sebagai Insan Gunawan bertindak memotong jari menantunya iaitu Asri Munandar sehingga putus dalam keadaan mabuk.
Menurut Ketua Hubungan Awam Polis Makassar, pergaduhan tercetus apabila mangsa menjawab tuduhan bapa mertuanya yang menyinggung perasaan dengan mengatakan dia tidak mempunyai pekerjaan.
Susulan itu, pelaku yang berusia 49 tahun tersebut mengambil parang dan menetak jari tengah kiri mangsa hingga putus serta mengalami kecederaan pada jari manis.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Makassar manakala pihak polis berjaya menahan suspek di Jalan Malengkeri Raya dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Tamalate.
Sumber: DetikSumut