Bapa kepada pelakon, Syazuwan Hassan iaitu Hassan Hapas dilaporkan sudah meninggal dunia kira-kira jam 6.33 pagi Selasa.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Kisah Orang Nak Cakap Apa, Cuma Jangan Melampau’ – Syazuwan Hassan Jawab Isu Curang
Artikel Berkaitan: Tragedi Berdarah Menjelang Syawal, Warga Emas Tak Sangka Anak & Cucu Berehat ‘Selamanya’
Salam takziah
Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh aktor tersebut menerusi hantaran di Instagram Stories (IG Story) miliknya.
Assalamualaikum, Innalillahwainnaiahirojioin.
Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ayah saya yang telah menghembuskan nafas terakhirnya jam 6.33 pagi tadi (Selasa).
Hasssan bin Hapas. Semoga arwah ayah saya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Bagaimanapun, punca sebenar kematian tidak didedahkan.
Semantara itu, usaha Oh Bulan! untuk mendapatkan kenyataan pelakon tinggi lampai itu tidak berjaya apabila mesej pesanan ringkas tidak dibalas.
Sumber: Instagram