Ciapan yang dimuat naik seorang individu di Twitter yang dipercayai bapa kepada pelawak berkontroversi berasal dari Singapura, Jocelyn Chia telah mencuri perhatian wargamaya.
Artikel Berkaitan: ‘Aku Melawak Tak Pernah Sentuh Negara Jiran, Kau Buatlah Lawak Pasal Binatang’ – Didie Alias
Artikel Berkaitan: Jocelyn Chia Anggap Tindakan PDRM Minta Pertolongan Interpol Sebagai ‘Mengarut’
Dibuang keluarga
Menerusi ciapan tersebut, individu bernama Anthony Chia Whye Liang memaklumkan dia dan isteri tidak lagi mengiktiraf Jocelyn sebagai anak sehingga mereka berdua meninggal dunia.
Saya umumkan di sini (Twitter) buat kali pertama, saya dan isteri tercinta Shirley menafikan, Jocelyn Chia sebagai anak perempuan kami. Bermula sekarang dan seterusnya sehingga hari kematian kami berdua.
Dalam pada itu, Anthony Chia turut mengakui dia gagal dalam membesarkan anaknya menjadi seorang insan yang baik.
Perbuatannya adalah kegagalan saya dalam membesarkannya menjadi orang yang lebih baik untuk masyarakat. Masyarakat berhak mendapatkan lebih baik daripada situasi ini.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas saling berteka-teki sama ada pemilik akaun tersebut benar-benar bapa kepada Jocelyn atau tidak.
Pun begitu, sekiranya benar individu berkenaan adalah bapa kepada Jocelyn, wargamaya berasa terkejut dengan tindakan tersebut.
Terdahulu, nama Jocelyn menjadi topik hangat bualan ramai selepas dia bertindak membuat jenaka keterlaluan dalam sebuah pementasan komedi berdiri dengan menyentuh isu sensitif termasuk tragedi MH370.
Malah, dia juga membuat perbandingan negara Singapura lebih maju berbanding Malaysia selepas keluar dari pembentukan Tanah Melayu suatu ketika dahulu.
Bagaimanapun, Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Vanu Gopala Menone yang mewakili negara tersebut memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kelakuan pelawak terbabit.
Jelasnya lagi, Jocelyn bukan lagi memegang status sebagai warganegara Singapura dan ia sama sekali tidak menggambarkan pandangan negara terbabit terhadap Malaysia.
Sumber: Twitter