Seperti yang kita tahu pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia yang membuat lawak jenaka mengenai pesawat MH370 kini sedang diburu pihak Polis Diraja Malaysia.
Sehubungan dengan itu, pihak polis meminta pertolongan daripada Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (INTERPOL) untuk mengesan keberadaan pelawa tersebut.
Artikel Berkaitan: Anak Masih Menangis Rindu Ayah, Isteri KRU MH370 Selar Jenaka Pelawak Singapura – ‘Kamu Tidak Ada Perasaan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Lahir 2 Bulan Selepas Tragedi, Isteri Kru MH370 ‘Hilang Sabar’ Netizen Suruh Hadapi Dengan Gelak Tawa
Anggap tindakan PDRM ‘mengarut’
Terbaru, Jocelyn yang sedar dirinya kini menjadi buruan polis Malaysia tampil memberikan pandangannya kepada pihak BBC dengan menyifatkan tindakan PDRM ‘mengarut’.
Jocelyn turut memaklumkan bahawa dia hanya cuba mencari humor sewaktu berjenaka dengan menggunakan tragedi terbabit sebagai bahan jenakanya dan sama sekali tidak mempermain atau mempersendakan mengenai tragedi dan keluarga mangsa MH370.
Lebih teruk lagi, Jocelyn mendedahkan bahawa menggunakan tragedi hitam MH370 itu sebagai satu bahan lawak jenaka merupakan satu perkara biasa di Amerika.
Saya sudah melakukan (bahan jenaka) ini beratus kali dan juga telah melakukan versi yang lebih pendek di hadapan penonton di Singapura. Ia pasti akan menghiburkan penonton dan saya tidak akan gunakan ia sebagai bahan jenaka sekiranya ia tidak berjaya (membuat orang ketawa).
Orang Amerika boleh menghargai humor yang lebih tajam, lebih berani dan lebih bersemangat. Berbanding dengan di Asia di mana pentas komedi berdiri masih dalam peringkat awal. Anda tidak akan mendapati banyak komedi yang berani di Asia.
Jocelyn juga memberikan contoh mengenai pelawak lain di New York yang bebas menggunakan apa sahaja bahan seperti serangan keganasan 11 September sebagai bahan lawak.
Terdahulu, tular video memaparkan Jocelyn yang membuat persembahan komedi di hadapan beberapa orang penonton.
Video tersebut mendapat kecaman dari wargamaya selepas Jocelyn dilihat tidak sensitif dengan menggunakan tragedi MH370 sebahai bahan lawak jenakanya.
Sumber: BBC