Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kembali dilaksanakan oleh pihak kerajaan di enam buah negeri, berikutan peningkatan kes Covid-19 yang semakin meningkat. Namun, disebalik pelaksanaan PKP ini ramai individu yang terkesan berikutan hilang punca pendapatan dan lain-lain lagi. Tidak berakhir di situ, terdapat banyak luahan yang dikongsi netizen di media sosial mengenai isu ini.
Artikel Berkaitan: ‘PKP Di 6 Negeri Bermula 13 Januari 2021 ‘ – Perdana Menteri
Artikel Berkaitan: Meniaga Kerepek, Barang ‘Bundle’ Bawah Lampu Jalan, Pakcik Ini Sebak Bila Tahu PKP Bakal Bermula
Artikel Berkaitan: Belum Sempat Mula Kerja Dah Kena ‘Buang’ Sebab PKP, Netizen Kongsi Pengalaman Sama
Terbaru, seperti perkongsian seorang lelaki dikenali sebagai Arvin meluahkan rasa sedih dan kecewanya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana perniagaanya terpaksa ditutup.
Terpaksa ditutup
Menerusi thread tersebut, lelaki ini menceritakan kesusahan yang dihadapinya untuk membuka salun gunting rambut. Namun, berikutan pandemik Covid-19 yang melanda, perniagaannya tidak menghasilkan sebarang keuntungan setelah tujuh bulan beroperasi. Lagi menyedihkan, apabila kedainya terpaksa ditutup.
Sewa tetap perlu dibayar
Tidak berakhir di situ, dia turut menceritakan kos yang terpaksa ditanggungnya merangkumi sewa kedai. Jelasnya lagi, terdapat ramai juga yang mengalami nasib yang sama sepertinya jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini disambung lagi.
Pada masa yang sama, lelaki ini turut meletakkan harapan yang tinggi supaya pihak kerajaan datang tampil menolong pengusaha perniagaan kecil-kecilan sepertinya.
Semoga dipermudahkan
Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet turut bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki itu. Malahan, terdapat juga yang mencadangkan supaya lelaki ini menyediakan perkhidmatan gunting rambut dari rumah ke rumah yang secara tidak langsung dapat membantu menambahkan pendapatannya.
Sumber: Arvin