Perkongsian terbaharu di Instagram milik pelakon Rita Rudaini mencuri perhatian ramai apabila dia seakan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap seseorang.
Artikel Berkaitan: ‘Ba** Hutan Pun Nampak Macam British Short Hair’ – Rita Rudaini Perli Siapa Tu?
Artikel Berkaitan: ‘Allah Tarik Seorang Buat Hati Remuk, Tapi Allah Ganti 2 ..’- Kejutan Hari Ibu Rita Rudaini Undang Sebak
Layan orang acah bagus
Menerusi hantaran tersebut, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar, 47, berkata dia seronok melayani perangai manusia yang kononnya bijak dan bagus.
Seronok layan orang yang acah-acah bagus ini. Sebab saya sedar tak bagus dan tak bodoh.
Jadi bila saya layan orang yang acah-acah bagus ni, baru saya tahu ada orang lagi bodoh dari saya.
Perkongsian tersebut sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wargamaya kepada siapakah kata-kata itu ditujukan.
Sementara itu, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas terus berteka-teki dan dalam masa yang sama mendoakan agar Rita sentiasa berada dalam keadaan baik.
Sumber: Instagram