Acara yang paling dinanti-nantikan oleh penggemar muzik indie, Atas Angin Festival bakal menggegarkan peminatnya sekali lagi pada 3 Ogos ini.
Artikel Berkaitan: Rooftop Bergegar! Pengunjung Sakan Bertemasya Di ‘Atas Angin Festival’
Artikel Berkaitan: 13,000 Pengunjung Gamatkan Nusafest
‘Line-up’ artis paling ramai
View this post on Instagram
Bakal berlangsung selama 12 jam dari jam 9 pagi hingga 12 tengah malam di Rooftop MyTown Cheras, festival ini bakal membawakan seramai 101 penyanyi yang terdiri daripada persembahan artis, berkumpulan, penyanyi solo dan juga DJ.
Bukan itu sahaja, barisan artis tersebut akan mengadakan persembahan dari lima pentas berasingan berbanding tahun lalu iaitu hanya empat pentas.
Paling menarik perhatian bagi penganjuran kali ini adalah kehadiran kumpulan legenda, Alleycats.
Bercerita tentang pemilihan Alleycats sebagai salah satu kumpulan yang akan membuat persembahan, pengarah projek Arif Imran atau lebih dikenali sebagai Bam berkata proses untuk membawa band itu ke festival ini adalah sangat mudah.
Saya telefon dan mereka okay sebab persembahan hanya di Kuala Lumpur dan mereka mahu ikut serta.
Sebenarnya kami tidak ada kriteria yang terperinci tentang pembabitan kumpulan di dalam festival ini. Alleycats antara legenda negara, jadi kami berharap ia dapat menarik peminat yang lebih berusia.
Dalam pada itu, menurut Bam, penganjuran festival ini bukanlah semata-mata keuntungan tetapi ianya adalah sebagai satu platform untuk peminat dan penggemar muzik berkumpul.
Semua yang datang bukan sebab duit, tapi sebab minat dan mereka betul-betul faham apa yang kami buat.
Antara barisan artis lain adalah Kyoto Protokol, Hyper Act, Estranged, IamNeeta, Amir Jahari dan ramai lagi.
Bagi peminat indie, jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan tiket di www.atasangin.com. Tiket berharga serendah RM159(Solo), RM300 (Duo) dan RM556 (Group).